Bab 5
“Selamat pagi,Kak Jah…Peace upon you..”Ucap Nura Alia
ceria.Dengan selambanya dia mencapai getah paip dari tangan Kak Jah.Seperti
biasa dia akan menyibuk mengganggu Kak Jah pagi-pagi begini sebelum mulakan
tugasnya sebagai babysitter kepada mamat tak cukup seringgit a.k.a Boboy.
“Eh,Nura ni tak payahlah siram pokok-pokok ni.Ni kan kerja
Kak Jah.”Kak Jah merampas semula getah paip dari tangan Nura Alia.Nura Alia
menerbitkan muncung itiknya.
“Orang nak tolong pun tak kasi akak ni.Erm..mamat
tak…Eh,bukan-bukan..Maksud saya Boboy mana,Kak Jah?Tak bangun lagi ke?”Hampir
terlepas panggilan ‘manjanya’ pada Boboy tadi.Hari ini genaplah sebulan Nura
Alia bekerja di sini.Masih tiada banyak perubahan.Boboy tetap sukar untuk
diajak berbual.Apabila menggunakan umpan Ah Chan baru lelaki itu akan tergerak
untuk bercakap dengannya.
“Tidur lagilah tu.Nura pergilah kejutkan dia.Datin dah
kejutkan tadi tapi liat pulak Boboy nak bangun hari ni.Kak Jah pun dah banyak
kali pergi kejutkan dia tadi.Tapi tetap tak nak bangun.Penat sangat kot.”Cerita
Kak Jah sambil melangkah pergi menutup kepala paip.Nura Alia menganggukkan
kepala.
“Kalau macam tu biar saya pergi cuba kejutkan dia pulak
ya,kak.Datin dengan datuk mana,kak?”Tanya Nura Alia ingin tahu.
“Diorang pergi kenduri kat kampung keluarga sebelah Datuk
Azman.Dalam petang nanti diorang baliklah kot.Nura nak minum air apa?Biar akak
buatkan.”Bagus betul layanan yang diterima oleh Nura Alia di sini.Dia dianggap
seperti ahli keluarga di rumah besar ini.
“Err..macam biasalah,kak.Terima kasih.Saya pergi kejutkan
Boboy dulu ya.”Nura Alia berlari-anak anak masuk ke dalam rumah.Dia mendaki
anak tangga menuju ke bilik Boboy.Ini kali ke-2 dia melangkahkan kakinya ke
bilik lelaki itu.Pertama kali masuk ke dalam bilik Boboy,Nura Alia hanya mampu
menganga mulut.Bilik Boboy 2 kali ganda lebih besar biliknya.Fuhh!Cantik,luas
dan kemas betul bilik lelaki itu.Nura Alia mengetuk-ngetuk pintu beberapa
kali.Dia memulas tombol pintu.
“Boboy…Boboy…akak masuk ya…”Nura Alia menguak daun
pintu.Senyuman terukir saat terpandangkan tubuh Boboy yang mengerekot menahan
suhu sejuk dari penghawa dingin.Tiba-tiba idea nakal terbit di kepala otak Nura
Alia.Terjengket-jengket dia melangkah ke katil Boboy.
“Fuhh…fuhh….fuhh…”Nura Alia menghembus lembut ke muka lelaki
yang sedang lena tidur itu.Langsung tidak bereaksi.Tidur mata kot.Melihatkan
Boboy masih tidak bergerak,Nura Alia mencari sesuatu di dalam beg sandangnya.‘Hah,ada
pun.Yes!’Dengan berhati-hati Nura Alia menconteng muka Boboy dengan pelembap
bibirnya.Nura Alia menahan tawa.Lucu memang lucu.Berkerut-kerut muka lelaki itu
menahan geli.
“Janganlah…”Boboy akhirnya bersuara dengan suara
paraunya.Matanya masih terpejam rapat.Nura Alia berhenti menconteng.Selang
beberapa minit kemudian,dia menyambung menconteng kembali.
Conteng..conteng…conteng…
Zapp!!Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Boboy.Dia tersungkur
jatuh di atas dada bidang lelaki itu.Saat itu Nura Alia hanya mampu menutup
matanya rapat-rapat.Dia tidak berani lagi hendak berfikir apa-apa tatkala
tangan Boboy merangkul pula pinggangnya.Nura Alia mengeras seperti
batu.Jantungnya berdegup sakan.Dia mula terbayangkan perbuatan Syed Azmi
itu.Dia cuba melepaskan diri.Ternyata rangkulan lelaki itu sangat kemas.
Nura Alia akhirnya dapat menarik nafas lega apabila tidak
berapa lama kemudian Boboy dengan perlahan-lahan melepaskan pegangannya dan
berpaling memeluk bantal.
“Bodoh!Gatal!Miang!!!”Barulah dia rasa boleh bernafas.Nura
Alia merapi-rapikan semula pakaiannya.Dia menyumpah-nyumpah Boboy.‘Siaplah
kau,Boboy.Oo..nak ambil kesempatan ya.Nanti kau!’Tanpa berfikir panjang
lagi,Nura Alia menggoncang-gongcangkan tubuh Boboy.
“Hoi!!Bangunlah,hoi!!Bangunnnn!!”Cubitan hinggap di peha
kanan Boboy.Boboy masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.Nura Alia
beralih ke bahagian kaki pula.
“Hik…hik…gelilah..janganlah geletek..hiii…hiii…”Geletekan
Nura Alia bertambah laju.Kerana tidak tahan digeletek,Boboy akhirnya bangun
dari tidurnya.Dengan wajah blurr,dia memandang gadis di hadapannya itu tanpa
berkelip.
“Pergi mandi sekarang!!Akak dengan Ah Chan tunggu Boboy kat
bawah.Tak nak lewat.Tepat pada jam 9 pagi,akak nak Boboy dah terpacak kat
pondok sana.Ada faham?!”Arah Nura Alia tanpa belas kasihan.Lelaki itu pula
hanya mengangguk menurut.Dalam keadaan yang separuh sedar itu,Boboy meloncat
turun dari katil.Dia laju menuju ke bilik air.
“Hah,kenapa pulak keluar?Dah siap ke mandi?”Tanya Nura Alia
apabila Boboy keluar semula dari bilik mandi.
“Kita lupa ambil tuala kita.”Jawab Boboy takut-takut.Tanpa
berani memandang muka Nura Alia yang sudah garang menyinga itu,Boboy
cepat-cepat mencapai tuala di penyidai lalu laju melangkah masuk ke dalam bilik
mandi semula.
“Huh,itu pun nak takut.Ni baru sikit aura Nura Alia
dikeluarkan tau..Nanti silap-silap hari bulan terkencinglah kau sebab takut
dengan aku ni.Hehehe…”Dengan langkah gembira Nura Alia menapak keluar dari
bilik itu bersama-sama dengan anak patung Sin Chan Boboy.
Mungkin ada sesuatu wayar yang sudah terputus dalam kepala
otaknya kerana dia langsung tidak terfikir lagi mengenai kejadian `miang+gatal`
itu tadi.Kejadian itu berlalu begitu sahaja.
********************
“Susah-susah aje kak Jah ni.”Nura Alia menyambut dulang yang
dibawa oleh Kak Jah itu.Ada nasi goreng,keropok dan air milo.
“Ni untuk sarapan Boboy,Nura.Air milo ni untuk Nura
satu,untuk Boboy satu.Boboy makan kenyang-kenyang ya?”Kak Jah tersenyum melihat
Boboy yang sedang leka menulis sesuatu di buku itu.Entah apa yang ditulisnya.Nampak
macam ada banyak nombor.
“Erm..akak masuk dululah.Nak pergi sidai kain pulak.Kalau
ada apa-apa,panggillah Kak Jah nanti ya?”Nura Alia menganggukkan kepala.Setelah
kelibat Kak Jah tidak kelihatan,dengan lahapnya Nura Alia makan nasi goreng
kampung itu.Terkulat-kulat Boboy memandangnya.
“Apa tengok-tengok?Buat kerja tu sampai siap.Siapa suruh
lewat tadi?Orang cakap pukul 9 tepat,dia datang pukul 10 pulak.Tulah,lain kali
jangan mandi lama-lama sangat.Aku pun tak mandi lama macam tu tau.”Bebelan Nura
Alia didengar sepi oleh Boboy.Dia tertunduk sedih.
“Nak ke nasi goreng ni?”Tanya Nura Alia sambil-lewa.Boboy
lambat-lambat mengangguk.Mukanya dah macam mahu menangis.
“Betul satu soalan,akak bagi Boboy 2 sudu nasi.Betul dua
soalan,akak bagi Boboy 4 sudu nasi dan seterusnyalah…”Nura Alia merampas buku
Matematik Tahun 1 dari tangan Boboy.Nura Alia tersenyum sinis melihat hasil
kerja Boboy.‘Bijak jugak budak ni.Dah buat kat tajuk darab.Bagus.Maknanya dia ni
taklah bodoh mana pun.’Nura Alia tercari-cari soalan susah.Dia ingin mengenakan
Boboy.Biar tak boleh makan lelaki tu nanti.
Inilah formula terbarunya.P&P.Proses
Pembelajaran.Harap-harap dengan mengajar Boboy subjek-subjek teras ini,dapatlah
Boboy itu mengisi masanya dengan perkara yang berfaedah.Taklah kerjanya tengok
tv saja.
“Soalan satu..Erm..”Nura Alia bersiap sedia dengan
kalkulatornya.Dia memang tak khatam benar kalau bab-bab mendarab ni.Al-maklumlah,subjek
Matematik bukanlah subjek kegemarannya sejak azali lagi.Buta nomborlah katakan.
“5 darab 4..hah berapa?”
“20.”Nura Alia terkedu dengan jawapan pantas Boboy.‘Bagi
yang susah sikit,Lia.’Desis Nura Alia,memotivasikan dirinya sendiri.
“Erm..24 darab….”Nura Alia menekan butang kalkulator.
“24 darab 7?”
“168!”Nura Alia terkedu lagi.Dia sendiri belum sempat
menekan butang ‘=’ tadi.Nura Alia buat-buat selamba.Dengan berat hati dia menyuap
Boboy dengan 4 sudu nasi goreng.Cuak memang cuak.
“Tanyalah lagi,kakak.”Boboy sudah teruja dengan permainan
ini.Nura Alia mencebik bibir.Dia membelek-belek lagi buku latihan itu.Dicarinya
soalan yang paling susah untuk Boboy.
“Hah,yang ni..Erm…Kejap-kejap…”Sebagai langkah
berjaga-jaga,Nura Alia melihat dahulu skema jawapan di belakang.Boboy hanya
menunggu tanpa banyak kata.
“Okey..soalannya…Err..Liza ada 5 adik-beradik.Ada
Lijah,Limah,Leha dan Laila.Faham setakat tu?”Boboy me-loading informasi soalan.Dia
mengangguk faham.Nura Alia sudah tergelak kecil.Manalah ada soalan macam
tu.Sengaja direka olehnya.
“Soalan akak..Lijah yang pertama.Limah yang ke-2.Leha yang
ke-3 dan Laila yang ke-4.Siapa yang ke-5?Hah,jawab!Kalau Boboy betul soalan
ni,akak bagi Boboy semua nasi goreng ni dan gula-gula ni.”Nura Alia memasang
umpan.Wajah konfius Boboy jelas kelihatan.Sah-sah dia tak tahu apa maksud
soalan Nura Alia tadi.
“Cepat….masa berjalan…”Nura Alia yakin Boboy pasti tidak
akan dapat menjawabnya.
Masa terus berlalu.
“Hah,kita tahu..kita tahu..”Boboy sudah melonjak-lonjak
riang.Dia menepuk-nepuk tangannya.
“Apa jawapan Boboy?”Seram jugak Nura Alia tengok Boboy macam
ni.Macam orang tak betul saja.
“Jawapannya…Lijah…Limah…Leha…Laila….Li….za..Kan,kan?”Nura
Alia menelan liur kelat.‘Hish!Macam mana dia boleh tahu ek?Bijak betul mamat
tak cukup seringgit ni.Ya ke dia ni autistik?’Tanpa dipinta,Boboy memakan nasi
goreng itu semahunya.Wajahnya begitu polos.Nura Alia mencatat sesuatu di
diarinya.
MISI JAHAT:GAGAL!!benci..benci..benci!!
~Persoalannya,kenapa mamat tu dapat jawab soalan aku
tadi?Pelik memang pelik.
********************
“Baru balik,Lia?Macam mana kerja hari ni?”Tanya Puan
Aminah.Nura Alia menunjukkan isyarat ‘thumbs down’ kepada ibunya.Dia tercari-cari
ais di dalam peti sejuk.Dahaga betul tekaknya.
“Pulak.Kenapa KO pulak,Lia?Budak yang Lia jaga tu nakal
sangat ke?Mesti anak ibu tak boleh tahan kan.Tulah ibu suruh tolong ayah kat
kedai runcit tu tak nak.Nak kerja jadi pengasuh konon.Macamlah awak tu pandai
sangat jaga budak.”Panjang pula bebelan Puan Aminah.Nura Alia hanya menadah
telinga.Masuk telinga kiri,keluar telinga kanan.
“Tak apalah,bu.Anggaplah kerja ni satu proses untuk Lia
menjadi seorang ibu yang berjaya satu hari nanti.Berjaya macam ibu.”Nura Alia
menjawabnya loyar buruk.Puan Aminah mengeluh.Tahu sangatlah modal anak daranya
tu.Tak pernah nak serius dengan kata-katanya.
“Ibu,Lia naik mandi dululah.Lepas ni kena pergi kerja
lagi.”Itulah rutin hariannya sekarang.Berulang-alik pagi dan petang.Kalau
rajin,Nura Alia akan balik pada waktu tengah hari.Balik makan,balik
mandi-mandi.
Nura Alia bersyukur kerana ibu dan abahnya memberi keizinan
mereka untuk melepaskan dia bekerja di rumah agam itu.Tapi seperti
biasa,kebohongan pasti akan
mencelah.Nura Alia memang mengaku dia bekerja sebagai
pengasuh di rumah besar itu tapi ibu dan abahnya mati-mati ingat budak yang
dijaga olehnya itu berusia dalam 4-5 tahun.IQ Boboy memang macam budak-budak tapi
hakikatnya dia sudah layak menjadi bapa budak.
“Lia,ni ibu ada buatkan agar-agar lebih ni.Nanti Lia
bolehlah bawa agar-agar ni untuk diberi pada budak tu ya.Ibu memang dah niat
nak sedekah kat budak tu hari ni.”Puan Aminah kelihatan sibuk meletakkan agar-agar
merah ke dalam bekas.Nura Alia hanya mengangguk faham.‘Hish,kan best kalau aku
dapat ponteng kerja hari ni.Dah muak aku tengok muka si Boboy tu.’Bebel Nura
Alia dalam hati.Dia melangkah keluar dari ruang dapur dengan langkah longlai.
*********************
“Boboy!!!”Jerit Nura Alia lantang.Dia bercekak
pinggang.Merah padam mukanya menahan marah.
“Bukak cerita tu balik.Bak sini remote tu!!”Kebengangan
sentiasa menyelubungi hati gadis itu apabila menonton tv bersama dengan
Boboy.Lelaki itu sentiasa suka alih-alih siaran.Tahulah tv tu dia yang punya.
“Kita tak suka tengok cerita ni.”Luah Boboy kesedihan.
“Bagilah akak tengok cerita ni dulu.Minggu lepas akak miss
tau Melodi ni.”Rancangan Melodi memang rancangan hiburan favouritenya.Nasib
baik ada siaran ulangan pada waktu petang Rabu ini.Kalau tak pasti jenuh dia
mencarinya di Youtube.
“Sinilah..”Boboy menyembunyikan remote tv di belakangnya.Dia
menggeleng tak nak.Nura Alia takkan mengalah.
“Akak kata bagikan..Sini!!”Dia mencubit peha Boboy kuat.Tak
cukup dengan itu dia menggeletek Boboy di pinggang.Boboy sudah ketawa terbahak-bahak.Dengan
sendirinya dia memberi remote itu kepada Nura Alia.
“Assalamualaikum….”Ucap Datuk Azman di muka pintu.Dia
melemparkan wajah gembira.Datin Maizura di sebelah juga turut tersenyum
gembira.Dari luar lagi mereka sudah terdengar hilai-tawa Boboy tadi.
“Nura belum balik lagi ke?Dah petang ni.”Datuk Azman
bertanya seraya duduk bersandar di sofa.Mungkin kepenatan memandu tadi.
“Nak baliklah ni,uncle.Boboy ni tak kasi Nura balik.”Selamba
saja jawapan Nura Alia.Boboy langsung tidak mengendahkan keadaan sekeliling.Hanyut
dengan cerita Upin dan Ipinnya.
Datin Maizura muncul dari dapur dengan membawa minuman dan
kuih.
“Agar-agar ni Nura ke yang bawa?Sedap.Pandai Nura buat.”Puji
Datin Maizura ikhlas.Datuk Azman yang melihat agar-agar yang merah menyala
itu,cepat-cepat mencuba.Memang sedap.
“Terima kasih,aunty.Bukan saya yang buat.Ibu yang buat.”Ucap
Nura Alia jujur.
“Boboy tak suka makan agar-agar.Uncle suka.”Datuk Azman
terus menyuap agar-agar itu ke dalam mulutnya.Datin Maizura menggeleng melihat
gelagat suaminya itu.Macam budak-budak.
“Erm..apa kata Nura tidur aje kat rumah ni malam
ni.Sekali-sekala tidur kat rumah aunty ni apa salahnya kan.Lagipun dah nak
Maghrib ni.Tak eloklah balik lewat-lewat macam ni.”Nura Alia tersenyum
kelat.Dia berfikir sejenak.‘Tidur ajelah,Lia.Bolehlah kau skodeng aktiviti
mamat tak cukup seringgit tu nanti.’Nura Alia akhirnya menganggukkan kepala
setuju.
“Tapi,boleh tak aunty call abah saya beritahu yang saya
tidur kat rumah aunty malam ni?Saya takut abah tak percaya nanti.Nanti dia
ingat saya keluar malam pulak.”Tiba-tiba Datuk Azman mengeluarkan telefon
bimbitnya.
“Bagi uncle nombor telefon abah Nura.Biar uncle yang
bagitahu.”Betapa baiknya keluarga ini melayannya.Semua yang Nura Alia minta,semua
akan ditunaikan oleh kedua-dua makhluk Allah ni.‘Agak-agaknya kalau aku minta
semua harta diorang aku rasa diorang pasti akan bagi kat aku.Tapi,sabar dulu,Lia.Belum
masanya lagi kau kikis harta diorang.Kau masih ada satu lagi misi penting.Misi
yang membuatkan kau layak sepenuhnya untuk memiliki harta keluarga ni khususnya
harta Boboy tu.’Hanya itu yang sentiasa berada di benaknya kini.Misi,misi dan
misi.Semuanya kerana perasaan dendamnya pada lelaki yang bernama Syed Azmi itu.
********************
“Sunyi pulak tak ada Lia malam ni kan,bang?Biasanya mulut
dialah paling kuat pot pet-pot pet.”Ujar Puan Aminah seraya menjeling ke arah
suaminya.
“Alah awak ni.Macam tak biasa pulak si Lia tu tak ada kat
rumah.Dulukan dia selalu keluar malam.Sampai saya nasihat pun dia tak nak dengar.”Bidas
Encik Razak dalam nada sedikit sinis.
“Tu dulu,bang.Sekarangkan dia dah insaf.Dah tak keluar malam
lagi.Keluar rumah pun sebab pergi kerja.Saya bersyukur sangat sebab Allah
mendengar doa saya selama ni,bang.”Sayu sekali bunyinya kata-kata Puan Aminah
itu.
“Abang pun bersyukur,Nah.Abang tak boleh bayangkan kalau
anak kita tu buat perkara yang tak elok belakang kita.Mungkin abang takkan
dapat maafkan dia.”Luah Encik Razak.Puan Aminah hanya mengiyakan kata-kata
suaminya itu.
“Baik betul layanan majikan Lia tu kan,bang.Sayang betul
diorang kat Lia tu.Lia cakap dengan saya,majikan dia tu siap nak offer dia
driver lagi untuk berulang-alik.Terharu saya mendengarnya.”Encik Razak yang
sedari menulis tiba-tiba berhenti.Dia memandang isterinya dengan pandangan
tidak percaya.
“Betul…Lia sendiri yang bagitahu saya sendiri hari tu.Dia
cakap datuk dengan datin beria-ia offer dia driver tu.Kemudahan katanya.”Terang
Puan Aminah.
“Hish,tak payahlah cakap kat Lia tu.Jangan nak mengada.Naik
aje motor tu.Jangan nak berlebih-lebih.Takut nanti tak terbayar pulak budi datuk
dengan datin tu.Nah,cakap dengan Lia ya?Jangan terima driver tu.Cakap abang tak
kasi.”Tegas arahan yang dikeluarkan oleh Encik Razak.Dia tidak ingin orang di
sekeliling mengata.Mulut orang ni sukar nak ditutup.Mereka akan bercakap apa
yang mereka nampak.Sedangkan apa yang mereka nampak tak semestinya betul dengan
keadaan yang sebenarnya.
“Baiklah,bang.Nanti saya bagitahu Lia.”Puan Aminah menurut
perintah.Faham benar dia dengan sikap suaminya itu.Pantang menerima budi
orang.Pantang juga kalau ahli keluarganya menjadi buah mulut orang sekeliling.
********************
“Assalamualaikumwarahmatullah…Assalamualaikumwarahmatullah…”Selesailah
sudah solat Maghrib berjemaah di vila keluarga Datuk
Azman.Makmumnya;Boboy,Datin Maizura,Kak Jah dan tidak
terkecuali Nura Alia.
Usai mengaminkan doa dan bersalaman,Datuk Azman menyampaikan
sebuah takzirah pendek.
“Alhamdulillah..Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama hari ini.Malam
kita nak tahu serba-sedikit
mengenai sifat seorang pendendam…”Nura Alia sudah
terkedu.Tajuk yang amat kena dengan jiwanya saat ini.
Datuk Azman membelek helaian buku.
“Pengertian dendam itu ialah bila hati anda merasa sangat
berat terhadap seseorang,seperti membencinya,menjauhi diri darinya dan sifat
itu akan kekal bersemadi di dalam hati anda dan sentiasa hidup di situ…”
“Maksudnya seorang pendendam itu akan selalu merasa tidak
tenang dan selalu ada perasaan marah dalam hatinya.Perasaan hasad dengki akan
selalu ada dalam hati dia.Dia takkan kisah lagi tentang orang di
sekitarnya.Yang penting,dendam terlaksana…”Nura Alia berasa ucapan Datuk Azman
itu betul-betul seperti sebiji batu besar yang menghempap tepat ke kepalanya.
“Jadi papa nak baik Boboy,mama,kak Jah dan Nura..tolonglah
jangan menyimpan dendam.Kerana dendam ni boleh meruntuhkan kasih sayang sesama
kita.Buat apa kita nak menyimpan perasaan seperti itu sedangkan kita tahu yang
Allah itu Maha Adil,Maha Mengetahui.Setiap yang buruk walau sekecil zarah pun
Allah pasti akan balas.Inikan pula kebaikan yang kita buat.Berserah diri kepada
Allah,biar Allah sahaja yang membalasnya…”
Termenung Nura Alia mendengar kata-kata terakhir itu.Biar
Allah sahaja yang membalasnya….
*******************
“Tambahlah lagi,Nura.Apasal sikit aje makan tu.Tak suka ke
lauk ketam ni?Boboy suka makan ketam.Tengok tu,bang.Dah tak pandang kiri
kanan.”Datuk Azman dan Datin Maizura tersengih melihat anak lelakinya itu
makan.Cukup berselera.
“Mai,tambahkan lagi nasi Nura tu.Malulah tu nak
tambah.Jangan malu-malu,Nura.Buat aje uncle dengan aunty ni macam mak ayah Nura
sendiri.”Nura Alia tersenyum kelat.Dia betul-betul terpukul dengan takzirah
Datuk Azman tadi.Rasa seperti aura keinsafan wujud di tangkai hatinya.
“Tak apalah,aunty.Saya dah kenyang ni.Lagipun saya tak
berapa sangat lauk ketam ni.”Ujar Nura Alia jujur.
“Kalau macam tu,biar aunty pergi masakkan lauk lain untuk
Nura ya?Ayam masak kicap okey tak?”Datin Maizura sudah mahu mengangkat
punggung.Cepat-cepat Nura Alia menghalangnya.
“Tak apa,aunty.Saya bukan tak boleh makan lauk ketam ni tapi
cuma saya betul-betul dah kenyang ni.Seganlah saya macam ni.”Ucap Nura Alia
malu-malu.Rasa mahu menangis pun ada.Hiba.Rasa macam tak layak pula dia
menerima layanan seperti ini.
“Kalau Nura dah kata macam tu tak apalah.Nanti aunty buatkan
pencuci mulut untuk Nura ya..Boboy nak pencuci mulut aiskrim tak?”Tanya Datin
Maizura kepada Boboy yang sedari tadi ralit dengan ketam-ketamnya itu.
“Nak!!!Nak dua.”Jawab Boboy girang.Nura Alia pula sudah
menangis di dalam hati.Rasanya tidak sanggup lagi dia hendak meneruskan agenda
balas dendamnya ini.`Ya Allah,biarlah aku redha dengan ini semua.Redha dengan
perbuatan Syed Azmi kepada ku itu.Janganlah aku terus menyimpan perasaan dendam
ini,ya Allah.’Doa Nura Alia seikhlas hatinya.