Saturday, 18 January 2014

Novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

SINOPSIS

 
Nura Alia seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi seorang anak Datuk yang kaya dan handsome!Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womanizer, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta meeka bersama.

Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hamper-hamper meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

''Akubencikan kau Syed Azmi!Kau memang lelaki tak guna!''-Nura Alia

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya,Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kaepada abang Syed Azmi yang autistic,Syed Azwan a.k.a Boboy,budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap karenah Boboy.

''Boboy! Boboy memang suka menusahkan akak kan?! Eee.. Geramnya aku!''-Nura Alia

Selama tujuh tahun, Boboy hidup di dalam dunianya sendiri.Dunia kanak-kanak autistic yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyipan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi.Dalam diam,dia menyayangi si babysitter itu.

''Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan akak.Kita sayagkan kakak!''-Boboy

Tapi,tiada sapa yang dapat menghalang suratan takdi. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan.Saat cinta semakin bersemi,muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu.Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dulu?Apakah nasib cinta yang baru bersemi dalam hati mereka iu? Adakah dari cinta sekali lagi akan berubah menjadi benci?

''Maafkan abang saying.Selama ini abang dahtipu Lia.Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistic. Abang masih Syed Azwan yang normal.Abang....''-Syed Azwan

No comments:

Post a Comment