BAB 1
Beberapa bulan sebelum pernikahan Boboy dan Nura Alia
berlangsung..
“Lia,kenalkan ini Syed Azmi.Mi ni Nura Alia,your new
spy.”Ujar Romy kepada Syed Azmi.Syed Azmi memerhati gadis berambut pendek di
hadapannya itu dengan
pandangan menggoda.Nura Alia hanya membalasnya selamba.Syed
Azmi menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan mereka.Nura Alia menyambutnya
dengan
senyuman.Belum sempat dia menarik tangannya kembali,satu
kucupan hinggap di tangannya.Syed Azmi hanya tersenyum.Nura Alia pantas menarik
tangannya.`Miang!’Desis Nura Alia dalam hati,meluat.
“So,Miss Alia.You dah lama ke buat kerja spy ni?Experience
dah banyak ke?”Nura Alia mencebik dengan soalan yang dilontarkan oleh Syed Azmi
itu.
“Of course dah lama,Mr Azmi.Saya jadi spy sebelum Clover
dalam Totally Spies tu lahir lagi tau.”Balas Nura Alia dengan loyar
buruknya.Syed Azmi tertawa.Dia
mengangguk-anggukkan kepala.
“Aku suka dengan spy ni,Romy.Pandai kau cari.”Ucap syed Azmi
sambil menepuk-nepuk bahu Romy.Romy pula hanya tersenyum kembang.Bangga apabila
dipuji oleh
bosnya yang kaya raya itu.
“So,Mr Azmi.What is my first job?”Dengan confidentnya Nura
Alia speaking omputih.Syed Azmi mengeluarkan handphonenya.
“She is my girl.”Huluran Syed Azmi disambut Nura
Alia.`Cantik.’Puji Nur Alia dalam hati.
“I nak you intip setiap gerak-geri dia.24/7.I nak you
laporkan semua aktiviti dia pada I.Yang paling penting,I nak you bagitahu I
A.S.A.P bila dia keluar berjumpa dengan
jantan lain.Understand me?”Nura Alia mengangguk faham.Senang
aje tu.Itulah kerjanya sejak keluar dari IPT ni.Selepas menjadi penganggur
selama hampir setengah
tahun,dia mula berjinak-jinak dengan kerja spy ni.
Kerjanya mengintip je 24 jam.Intip bukan sebarang intip.Tapi
mengintip aweks-aweks kepada anak orang berada.Dengan pertolongan Romylah Nura
Alia mendapat kerja
pelik tapi benar ni.Biasanya spy ni orang lelaki.Tapi bagi
anak orang kaya,diorang lebih suka pasang spy perempuan.Katanya kalau guna spy
perempuan,aweks diorang
takkan perasaan yang diri mereka itu tengah di-spy.
“Berapa gaji saya?”Tanya Nura Alia tanpa berselindung.Gaji
jadi spy ni lumayan.Sebulan dapat RM1500.Kerja pun bukan berat mana pun.Setakat
intip makwe-makwe
orang kaya yang kerjanya pergi salon-salon-salon dan
shopping.Tu sajalah kerja diorang.Menghabiskan duit saja.
“I akan bagi you RM2000 sebulan.Okey?”Syed Azmi mengeluarkan
sebuah buku cek.Selepas menulis sesuatu dia mengulurkan sekeping cek kepada
Nura Alia.
“Terima kasih.Kalau macam tu,saya perlukan alamat rumah
kekasih awak ni dan number phone awak.”Selesai memberi maklumat,Nura Alia
mengangkat punggung.Dia
berdiri.Syed Azmi turut berdiri.
“Thanks sebab bagi saya kerja ni.Saya akan menjalankan tugas
saya dengan baik.”Mereka bersalam tanda Nura Alia kini dengan sahnya telah
menjadi pekerja kepada Syed
Azmi.
Nura Alia laju meminta diri.Dia perlu langsung ke bank.
“She is beautiful.Cute.”Puji Syed Azmi selepas kelibat Nura
Alia menghilang dari pandangan matanya.Romy terkedu.
“Kau berminat ke?Kejap aku kira.Elisha yang ke-300,maknanya
Alia akan menjadi mangsa kau yang ke-301.Wah,Mi…melampau kau buka cawangan
ek.”Syed Azmi
hanya tergelak mendengarnya.Alah,bukan dia serius pun.Just
untuk enjoy.
“Aku nak cuba tackle dia.Kau kawan dia kan.Mesti kau tahu
perangai dia macam mana.”Romy mengjungkit kening.Nura Alia memang kawannya dari
sekolah menengah
lagi.Tahu sangatlah dia dengan perangai Nura Alia
tu.Nakal,suka melawan,suka kenakan orang dan yang paling penting mudah
menyimpan dendam.Mana-mana lelaki
yang menjadi kekasih hati Nura Alia memang kenalah.Kena
buli.
************************
“Boboy,jom makan,sayang.Mama dah siapkan nasi goreng
kegemaran Boboy.Jom sayang.”Datin Maizura memujuk.Boboy tidak menunjukkan
sebarang reaksi.Dia terus
hanyut dalam dunianya sendiri.Bercakap-cakap dengan anak
patung Sin channya.
Datin Maizura mengeluh berat.Air matanya hampir
menitis.Sedih hatinya apabila mengenangkan nasib anak sulungnya itu.Entah apa
sebenarnya penyakit anaknya ini.Tak
nak bergaul dengan orang.Tak nak berkomunikasi dengan
orang.Suka menyendiri.Hidup dalam dunianya sendiri.Mungkinkah ini ada kaitan
dengan kejadian yang
menimpa Boboy 7 tahun lalu?Doktor pun tiada ubat untuk
penyakit anaknya ini.Ada ciri-ciri autisme tapi doktor sendiri pelik dengan
penyakit Boboy itu.Datin Maizura
sendiri juga sudah bingung.
“Boboy nak makan sama-sama dengan papa ke?Nanti mama call
papa suruh dia balik awal sikit hari ni ya.”Pujuk Datin Maizura lagi.Dia bangun
lalu menuju ke meja
telefon.Didailnya nombor telefon suaminya,Datuk Azman.Hanya
suaminya yang boleh memujuk Boboy tika ni.
“Assalamualaikum,abang….Mai ni.Abang,Boboy buat hal lagi.Dia
mogok tak nak makan.Abang balik sekarang ya.”Datin Maizura menoleh sekilas ke
arah
Boboy.Makanan masih belum terusik.
“Yalah,Mai.Abang balik sekarang.Nanti abang belikan hadiah
untuk dia.Nanti okeylah tu.”Ucap Datuk Azman dihujung talian.Selepas panggilan
diputuskan,Datin Maizura
menapak kembali ke arah Boboy yang sedang menyorok di tepi
almari.
“Boboy,mama dah call papa.Papa cakap dia nak belikan Boboy
hadiah tau.Hah,apa kata Boboy makan dulu.”Datin Maizura masih tidak berputus
asa.Dia bukan apa,dari
semalam anaknya itu mogok untuk tidak makan.Entah apa yang
diprotesnya.Ditanya tak jawab.Rungsing kepala otak Datin Maizura dibuatnya.
Sejam kemudian…
“Boboy,jom kita makan sayang.Tengok papa belikan Boboy apa
ni.Hah,jam Ben10.Boboy suka tak?”Datuk Azman menghulurkan sebuah jam Ben 10
kepada
Boboy.Hadiah ini saja yang dia mampu fikirkan tadi.Sekarang
boboy memang suka menonoton siri kartun Ben 10 .Hadiah ini sekadar umpan untuk
Boboy makan.
Boboy pantas menyambutnya.Dia tersenyum.Dia mencuba-cuba
memakainya.Namun,apabila dia tidak berjaya memakainya,jam itu dihempas kuat ke
lantai.Datuk Azman
terkedu.Dia mengeluh.
“Boboy,tak baik buat macam ni.Mari sini papa pakaikan.”Datuk
Azman menyarungkan jam tangan itu ke pergelangan tangan Boboy.Boboy menguntum
senyum.Dia
bercakap-cakap dengan anak patung kesayangannya.
“Kita ada jam baru.Awak tak ada.Kesian kat awak.”Dia bangun
lalu menapak ke meja makan.Datuk Azman menarik nafas lega.Tak sia-sia dia
membeli jam Ben 10 itu.
“Mai,jom kita makan sama-sama.Boboy ada,papa ada,mama pun
ada.Kan,Boboy?”Boboy tidak menunjukkan sebarang reaksi.Dia tetap leka dengan
anak patungnya.Datin
Maizura keluar dari celah dapur dengan membawa semangkuk
bubur di tangannya.
“Boboy makan nasi goreng ni,ya.Special untuk Boboy
seorang.Ada ayam,ada sayur,ada fishball…”Datin Maizura mengukir senyum apabila
anaknya menjamah nasi
dihadapannya itu.Dia memandang Datuk Azman.Datuk Azman hanya
menganggukkan kepala.Mereka memerhati Boboy menjamu selera dengan perasaan yang
bercampur-
baur.Inilah hakikat yang mereka harus terima sekarang.Boboy
bukan Boboy yang dulu lagi.Mereka harus reda menerimanya.
***************************
Nura Alia leka memerhati seorang wanita dari jauh.Sudah 2
minggu dia memerhati setiap gerak geri wanita itu.Elisha,kekasih terbaru Syed
Azmi.Kerjanya keluar dari
rumah,pergi ke salon,pergi butik,makan-makan dengan
kawan-kawan,pergi shopping dan akhir sekali balik rumah.Hari-hari perkara yang
sama dilakukannya.Sampai naik
bosan Nura Alia dibuatnya.Kadang-kadang kerja spy ni tak
mencabar langsung baginya.
“Hello…Yes bos.Saya tengah ada kat hadapan salon ni.Hah?Nak
jumpa?Tapi……………ya lah.Bye.”Nura Alia mematikan talian.Dahinya berkerut-kerut
tidak
mengerti.`Apasal pulak dia nak jumpa aku?Aku kan tengah
intip makwe dia ni.Tak pernah-pernah pulak dia nak jumpa dengan aku selama
ni.Hish,menyusahkan
betullah!’Bebel Nura Alia panjang.Dia menghidupkan skuter
Yamaha Ego LC miliknya.Dengan seribu persoalan di kepala,dia meluncur laju ke
tempat temu janjinya
dengan Syed Azmi tadi.
“Nura,have a seat.”Ucap Syed Azmi tatkala melihat kepala
Nura Alia terjengul di muka pintu.Nura Alia memerhati ke sekeliling.Tempat apa
ni?Gayanya macam tempat
ambil gambar model-model.Dengan lampu spotlightnya.Nura Alia
melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Syed Azmi.Dia mencebik bibir apabila
melihat seorang
perempuan sedang melingkar kemas pinggang Syed
Azmi.`Perempuan murahan.Memalukan kaum je.’Desis Nura Alia sinis.
“Sorry sebab minta you datang sini.Emm…Sally,could you
please leave us alone?”Ujar Syed Azmi seraya melepaskan diri dari rangkulan
gadis yang bernama Sally itu.Si
Sally pula dengan patuhnya buat apa yang dipinta oleh lelaki
playboy itu.Kini tinggallah Nura Alia dan Syed Azmi,si playboy di ruangan itu.
“Ada apa bos suruh saya ke sini?Kan saya tengah kerja
tadi.”Nura Alia memulakan bicaranya.Dia betul-betul kebingungan dengan pelawaan
Syed Azmi ini.Dahlah jumpa
di tempat seram macam ni.
Syed Azmi bangun lalu duduk di sebelah nura Alia.Nura Alia
berganjak ke tepi sedikit.Dia menahan kerut di dahi.`Dasar playboy!’
Syed Azmi tiba-tiba mengeluh.Nura Alia kepelikan.
“Nura,I sebenarnya ada something nak bagitahu
you.I…I…sebenarnya dah lemas hidup dalam keadaan macam ni.I..nak
bertaubat.”Nura Alia terkesima.Bertaubat?
“I nak berhenti dari melakukan maksiat ni.I nak you bimbing
I,Nura.I dah insaf.”Ucap Syed Azmi sambil meraup-raup mukanya.Nura Alia
kehilangan kata.`Kau nak
insaf,apa kena mengena dengan aku?’Nura Alia masih tidak
mengerti.Tiba-tiba saja berdrama.
“Saya tak faham maksud bos.”Syed Azmi merenung Nura Alia
dengan pandangan redup.Dengan selambanya dia mengenggam erat tangan Nura
Alia.Nura Alia terpaku.
“I cintakan you,Nura.Love in a first sight.I tahu you pasti
takkan percaya.Yalah I ni kan makwe keliling pinggang.But,I really fall in love
with you.I need you by my
side.”Nura Alia terpena lagi.`Apa mamat ni merepek
ni?Cinta?Eii..gelilah aku..’Nura Alia pantas menarik tangannya.Dia berdiri.
“Saya rasa bos demam ni.Bos cakap merepek-repek.”Nura Alia
cuba tersenyum.Syed Azmi menggeleng-geleng.
“I tak merepek.I betul-betul dah sayangkan you.I nak berubah
demi you,Nura.Sejak I jumpa you dua minggu lepas,I selalu teringatkan you.I
rindukan you.”Ucap Syed
Azmi,ikhlas.Macam mana nura Alia nak percaya dengan
kata-kata lelaki di hadapannya itu,sedangkan depan matanya sendiri tadi lelaki
tu berpelukan dengan wanita
lain.Berubah?Jangan haraplah.Nura Alia tak percaya.
“Maafkan saya..Saya balik dulu.Saya akan lupakan apa yang
bos cakapkan pada saya tadi.Anggaplah bos tak pernah cakap apa-apa.”Nura Alia
melangkah pergi.Dia
sebenarnya agak terkejut dengan pengakuan Syed Azmi tadi.Tak
munasabah langsung.Tiba-tiba jatuh cinta dengan dirinya.Memang
propa.Tapi,nampak macam lelaki tu
ikhlas tapi betul ke dia ikhlas?‘Ah!Persetankan tu semua.Dia
tu playboy,Lia.Jangan jatuh ke perangkap dia.’Bisik Nura Alia dalam hati.Dia
melangkah pergi dari situ tanpa
menoleh lagi.
“Aku takkan mengalah,Nura.Aku akan buat kau cintakan
aku.”Ujar Syed Azmi perlahan.Misinya sekarang adalah memancing kepercayaan Nura
Alia.
*********************
Nura Alia bungkam.Entah apa yang tak kena dengan mamat
tu.`Betul ke dia cintakan aku?Tak mungkin.Dia tu mamat buaya.Tak mungkin.’Nura
Alia mundar mandir
dalam bilik.Tiba-tiba bunyi bip telefon bimbitnya
kedengaran.
I kat luar.I nak jumpa you sekarang.
Mata Nura Alia membutang saat terbaca pesanan ringkas
itu.Kat luar?Luar mana?Luar rumah ke?Sepantas kilat Nura Alia berlari ke
tingkap biliknya.Mulutnya
terlopong.Kelihatan Syed Azmi sedang melambai-lambai tangan
ke arahnya.Nura Alia mengetap bibir.Geram.Apa lagi yang dia nak?
“Ada apa bos datang rumah saya malam-malam ni?Mak ayah saya
adalah kat dalam tu.Tak eloklah macam ni.”Tutur Nura Alia sebaik saja kakinya
melangkah ke depan
pintu pagar.Matilah dia kalau ayahnya tahu ada lelaki datang
rumah jumpa dia malam-malam ni.
Syed Azmi hanya mengulum senyum.
“Tada!Just for you.Ikhlas dari I.”Syed Azmi tiba-tiba
menghulurkan sejambak bunga mawar kuning pada Nura Alia.Nura Alia terkedu.Tangannya
berat menyambut
pemberian lelaki itu.
“Okeylah,I nak balik dulu.I just singgah nak bagi you bunga
ni.Ros kuning tanda persahabatan antara kita.”Nura Alia masih kelu tanpa
bersuara.Dia termangu dengan
kehadiran Syed Azmi bersama bunga ros ini.Syed Azmi mula
melangkah meninggalkan nura Alia yang masih kebingungan.
“Tunggu!”Syed Azmi menoleh sekilas ke arah Nura Alia.
“Terima kasih untuk bunga ni.”Syed Azmi menganggukkan kepala
lalu tersenyum.Dia menerobos masuk ke dalam kereta Ferrari merah miliknya.Dia
memecut laju
meninggalkan Nura Alia tersenyum kambing keseorangan di
situ.Nura Alia mencium bunga di tangannya.Dia menguntum senyum.Entah
kenapa,hatinya terasa berbunga-
bunga detik itu.
********************
“Baru balik,Mi?”Langkah Syed Azmi terhenti.Dia mencari-cari
arah suara tadi.Syed Azmi menapak ke arah papanya yang sedang membaca di sudut
suram di ruang
tamu.Dia menggaru-garukan kepala.
“Papa belum tidur lagi?”Ujar Syed Azmi
berbasa-basi.Kedengaran satu keluhan berat keluar dari mulut papanya.
“Papa tak suka kau berperangai macam ni,Azmi.Papa tak pernah
ajar kau balik lewat malam,keluar minum dan papa tak pernah ajar atau suruh kau
buat maksiat!”Syed
Azmi terpampan dengan tengkingan papanya.Tiba-tiba dia
tertawa sinis.
Ayah mana yang tak sedih apabila anak yang selama ini
menjadi harapan keluarga tiba-tiba berubah menjadi anak yang degil,liar dan
mendengar kata.Wanita keliling
pinggang.Malu dibuatnya.
“Habis tu papa nak Mi duduk rumah macam anak teruna papa
yang tak cukup sifat tu?Hah?I have my own world,pa.Mi ada hak nak buat apa-apa
yang Mi
suka.Lagipun,papa tak payahlah nak pura-pura sayangkan Mi
seperti papa sayangkan mamat gila tu!”
Pang!!!Satu tamparan keras hinggap dimuka Syed Azmi.Syed
Azmi merengus sakit.Dia memegang pipinya yang mulai berbahang itu.
“Jangan kau nak kurang ajar dengan papa.Jangan nak hina
abang kau sendiri.Silap papa sebab terlalu manjakan kau dulu.Tengoklah
sekarang,kau langsung tak hormat
papa.”
“What ever,pa.Selagi mamat gila tu ada kat dalam rumah
ni,selagi tu Mi takkan hormat papa.Sebab apa?Sebab papa dah membela seorang
pembunuh!”Syed Azmi berlari
mendaki anak tangga.Dia melangkah ke biliknya dengan
perasaan dendam yang semakin membara.
Datuk Azman menggelengkan kepala.Dia menitiskan air mata.`Ya
Allah,bukakanlah hati anakku,Syed Azmi untuk redha dengan takdir ini.Janganlah
dia berterusan
menyimpan dendam pada abangnya sendiri,ya Allah…’Datuk Azman
merintih.Entah kenapa Syed Azmi terlalu sakit hati dengan abangnya itu.Kenapa
dia tidak boleh
menerima hakikat itu?Boboy tak bersalah.Tiada siapa yang
bersalah.Tapi,kenapa Syed Azmi masih tidak dapat memaafkan abangnya?
************************
“Assalamualaikum…”Ucap Syed Azmi sebaik melangkah keluar
dari perut kereta.Dia memandang Nura Alia lama.Nura Alia sudah tidak senang
duduk.`Hish,apa yang dia
buat kat sini?’Nura Alia berpura-pura melihat jam di
tangan.Syed Azmi melabuhkan punggung di sebelah Nura Alia.
“Nak pergi mana?Jom saya hantarkan.”Pelawa Syed Azmi seraya
senyum.Mata Nura Alia sudah melilau-lilau memandang ke sekeliling.
“Apa yang bos buat kat sini?Saya tengah intip Cik Elisha
ni.”Nura Alia bukan apa,dia takut kerja intipannya akan terbongkar andai Syed
Azmi menghampirinya seperti
ini.Syed Azmi menanggalkan kaca mata hitamnya.Dia merenung
Nura Alia dengan renungan seorang penggoda.Hati Nura Alia saat itu sudah tidak
keruan.
“Saya dah putus dengan dia.Saya dah tak nak berpasangan dengan
wanita lain lagi.”Nura Alia terkedu.`Putus?Dah tak nak berpasangan dengan
wanita lain?Takkan kau nak
berpasangan dengan jantan kot.Eeii..seram..’Nura Alia
menjarakkan diri.
“Saya ikhlas sukakan awak,Nura.Saya sayangkan awak.Saya dah
berubah.”Nura Alia masih tidak percaya.`Setakat nak ber-awak ber-saya dengan
aku,tak ada maknanya itu
satu perubahan.Bongok!’Nura Alia bangkit.
“Lets say bos dah betul-betul putus dengan dia.So,maknanya
saya dah tak bekerja dengan bos lagi kan?Maknyanya saya tak payah spy makwe bos
lagi kan?So,saya rasa “Macam mana lagi saya nak buat awak percaya yang saya ni
betul-betul ikhlas sukakan awak?Tell me!Saya sanggup buat apa saja,Nura.”Rayuan
ikhlas dari Syed Azmi
membuatkan hati Nuta Alia sedikit tersentuh.Dia tersenyum jahat.`Oo..sayang
ya.Ok,aku nak tengok sejauh mana kau sayangkan aku.Hehe!’Nura Alia sudah buat
rancangan nakalnya.
“Kalau betul bos sayangkan saya.Saya nak bos jumpa abah
saya.Boleh ke?”Nura Alia pasti,syed Azmi pasti takkan sanggup.
“Jumpa ayah awak?Nak buat apa?”
“Tak nak tak apa.Saya tak paksa.”
“Okey-okey.Saya sanggup.Saya akan jumpa ayah awak.Saya akan
jumpa siapa saja yang awak suruh saya jumpa.Sumpah!”Nura Alia terkesima.Dia
menelan air
liur,kelat.`Aduh!Apasal kau nekad sangat ni?Bencinya
aku!”Protes Nura Alia tak puas hati.
Kenapalah lelaki itu nekad sangat?Arghh!!!!!
No comments:
Post a Comment