BAB 3
Kini sudah hampir dua minggu kejadian ngeri itu
berlalu.Selama itu juga Nura Alia tidak keluar rumah walau sekali.Hidupnya dibelenggu
kemurungan.Hidupnya dibelenggu perasaan sakit hati yang meluap-luap pada lelaki
yang bernama Syed Azmi itu.Kata maaf langsung tidak terucap oleh lelaki durjana
itu.Nura Alia bagaikan masih tidak percaya dengan kejadian hari itu.Sukar untuk
dia mempercayai yang lelaki yang paling dia sayang,cinta dan percaya merupakan
seorang lelaki yang hanya ingin mempermainkan hati wanitanya.
Cukuplah.Nura Alia tidak akan mempercayai lelaki itu
lagi.Kata-kata penghinaan dari Syed Azmi masih terngiang-ngiang di kepala otaknya.Begitu
sekalikah lelaki itu menganggapnya selama ini?Seorang perempuan kampung yang
tak layak langsung hendak berdampingan dengan lelaki sepertinya?Ah!Tapi kenapa
dia tega melakukan perkara itu?Perkara yang hampir meragut kehormatan Nura
Alia.
“Hello…”Jawab Nura Alia lemah.Dia sebenarnya tiada mood untuk
menjawab panggilan itu.Tapi dari tadi telefon bimbitnya asyik berdering tidak
berhenti.
“Hello,Lia..Apa cer kau sekarang ek?Lama betul kau tak
contact aku.Sejak kau couple dengan Azmi ni kan,kau langsung tak chill dengan
aku.Apa punya kawan da.”Mata
Nura Alia terus bergenang apabila mendengar nama Syed Azmi
disebut.Mahu saja dia memutuskan panggilan dari Romy itu.Namun,tangannya
bagaikan digam apabila mendengar perkhabaran yang sedang disampaikan oleh Romy.
“Lia,kau tahu tak?Syed Azmi,bos aku,pakwe kau tu dah tak ada
kat Malaysia?Mesti kau tahukan.Entah apa punya boslah dia tu.Pergi macam tu
aje.Lain kali buatlah parti perpisahan ke apa ke kan?”Telefon terus terjatuh
dari pegangan Nura Alia.Dia terkesima.`Syed Azmi dah tak ada kat Malaysia?Dia
pergi mana?Dia sakit ke?Oh,tidak!’
“Ke…kenapa dengan dia,Romy?Di..dia sakit ke?”Tanya Nura Alia
inginkan kepastian.Namun,jawapan yang dilontarkan oleh Romy di hujung talian
amat-amat menghancurkan hatinya yang telah hancur itu.
“Dia tak sakitlah..Dia sambung ambil Ph.D kat Spain
sana.Bidang apa entah.Orang kayalah katakan.Apa-apa pun boleh buat.”Nura Alia
tidak sanggup untuk mendengar
lagi.Dia pantas memutuskan talian.Biarlah apa yang hendak
difikirkan Romy.
`Kenapa kau pergi,Mi?Dasar lelaki tak guna!Boleh dia pergi
macam tu saja lepas apa yang dia buat kat aku?Kau memang tak berhati
perut.’Nura Alia kini sudah nekad.Andai lelaki itu benar-benar tidak
memerlukannya lagi,dia juga tidak akan terhegeh-hegeh untuk menunggu kata maaf
dari lelaki durjana itu.Hanya satu yang Nura Alia ingin lakukan sekarang.Dia
takkanberdiam diri.`Aku akan balas apa yang pernah kau buat kat aku,Syed
Azmi!Aku akan buat kau sedar betapa bernilainya permata
yang kau hampir cemari ni!Aku akan balas dendam pada
kau,Syed Azmi!!Arghhh!!!!!’Nura Alia membaling bantalnya ke serata.Dia terjelepuk
jatuh.Dia hanya mampu menangis saat ini.Tapi,dia yakin yang air mata ini tidak
lama lagi akan berhenti mengalir.Dia takkan lagi mengalirkan air mata walau setitis
demi seorang manusia yang bergelar LELAKI!
**********************
Nura Alia menarik nafas dalam-dalam.Dia termangu sebentar
tatkala melihat rumah di hadapannya itu.Rumah agam lagi mewah.Dengan bantuan
Romylah dia mendapat alamat Syed Azmi ini.Kini dia sedar,kata-kata Syed Azmi
ada benarnya.Layakkah dia untuk berdampingan dengan lelaki itu yang kaya-raya
seperti ini.Memang tak layak.Tapi,layak atau tidak hanya satu yang dia ingin
laksanakan saat ini.Balas dendam.Lelaki itu perlu diajar.Ya.Nura Alia akan
balas dendam terhadap perbuatan Syed
Azmi itu melalui keluarganya.Rancangan sudah tersusun rapi
di kepala otak gadis pendendam itu.Yang penting sekarang,misi pertamanya adalah
‘masuk’ ke dalam keluarga ini.Walau dengan apa cara sekali pun.
Nura Alia menekan-nekan butang loceng berulang kali.Pintu
pagar masih belum terbuka.Ditekan lagi loceng itu tidak henti.Akhirnya beberapa
minit kemudian keluarlah seorang pak guard dari dalam kawasan rumah.Dia
menghampiri Nura Alia.
“Nak cari siapa?”Tanya pak guard serius.Nura Alia tiba-tiba
menangis kesedihan.Pak guard kelihatan sedikit panik.
“Pak cik tolong saya,pak cik.Saya dah 2 hari tak makan.Saya
nak cari kerja kat sini.Jadi tukang kebun ke apa ke,saya sanggup.Terimalah saya
kerja kat sini,pak cik..”Nura Alia memainkan wataknya dengan baik.
“Anak ni salah rumah.Rumah ni tak memerlukan tukang
kebun.Maaf ya.Anak boleh balik sekarang.”Nura Alia diusir.Pak guard meminta
Nura Alia pergi dari situ.Nura
Alia lambat-lambat mengangkat kaki.`Potong stim betullah pak
guard ni.Hish!Tak apa,aku guna plan B.’Nura Alia berhenti melangkah.
Tiba-tiba Nura Alia menerobos masuk ke pintu pagar.Pak guard
sudah terpinga-pinga.Nura Alia berlari menuju ke laman rumah.Dia menjerit-jerit
membuat kecoh.
“Datin,tolonglah ambil saya kerja.Saya ni miskin,2 hari dah
tak makan.Tolonglah datin…”Kak Jah yang sedang menyiram pokok itu kaget dengan
tindakan gadis yang tidak dikenalinya itu.Nura Alia menggenggam tangan Kak Jah
erat.Dia merayu-rayu.
“Tolonglah datin.Saya sanggup buat apa saja…”
“Jah,kenapa ni?Siapa tu?”Soal Datin Maizura yang datang
entah dari mana.Nura Alia masih dalam lakonannya.Sekarang sesi air mata pula.
“Tolonglah saya,datin…Saya sangat perlukan kerja.Apa-apa
saja…”Kak Jah cuba meleraikan pegangan Nura Alia yang semakin mengemas itu.Nura
Alia sudah menitiskan air mata.
“Maafkan akak,dik.Akak bukan datin.Akak orang gaji aje kat
rumah ni.Itu baru tuan rumah ni.Datin Maizura.”Terang Kak Jah bersungguh sambil
memandang Datin Maizura.Nura Alia terkedu.`Alamak!Takkan salah orang
kot.’Lambat-lambat Nura Alia berpaling ke arah Datin Maizura.
“Datin,ambillah saya kerja dengan datin.Saya betul-betul
perlukan kerja saat ni.Dah 2 hari saya tak makan sebab tak ada duit,datin..Tolonglah
saya…”Kebohongan demi kebohongan keluar dari mulut Nura Alia.Dia tidak kisah
lagi.Yang penting,Datin Maizura menerimanya bekerja di rumah mewah ini.
“Emm…jom ikut aunty.”Pelawa Datin Maizura seraya melemparkan
senyuman.Nura Alia mengikut.Matanya tidak berkelip tatkala melihat hiasan
dalaman rumah
itu.Mewah gila.First class.Nura Alia diminta duduk di ruang
tamu.Datin Maizura menghilang ke bahagian dapur.
“Minum,nak.Jus oren aje.”Tiba-tiba Datin Maizura kembali
dengan membawa segelas jus oren di tangan.Nura Alia menyambut lemah.Mukanya
masih dibuat-buat sedih.Datin Maizura melabuhkan punggung di sebelah Nura Alia.
“Anak ni nama apa?”Tanya Datin Maizura ingin tahu.Nura Alia
terhenti meneguk air.Dia mengesat sisa air mata di pipinya.Air mata plastik.
“Erm..nama saya Nura Alia,datin.”Jawab Nura Alia pendek.
“Nura ni tengah cari kerja ke?”Nura Alia pantas
mengangguk.Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Nura Alia.Datin Maizura seakan
ingin menawarkan sesuatu pekerjaan padanya.Ini sudah bagus.
“Nura berminat tak nak jadi babysitter?Pangasuh.”Datin
Maizura berharap benar yang gadis di hadapannya ini mahu menerima pekerjaan itu.Menjadi
pengasuh Boboy.Kak Jah rasanya sudah tidak mampu untuk melayan kerenah Boboy
yang semakin hari semakin menjadi-jadi itu.Harap-harap tenaga muda Nura Alia
dapat menjaga sekaligus mengawal kerenah anak lelakinya itu.
“Boleh saja,datin.Saya sanggup.Erm..berapa tahun umur cucu
datin tu?”Tanya Nura Alia buat-buat ramah.Sesungguhnya selama ini dia langsung
tidak mengenali ahli keluarga Syed Azmi.Sudah ditanya,tapi lelaki itu
seakan-akan ingin mengelak saja dari menceritakan perihal
keluarganya.Rupa-rupanya lelaki itu mempunyai seorang ibu yang sangat baik
hati.Entah kenapa perangai Syed Azmi tidak sebaik ibunya.
“Emm…bukan cucu aunty tapi anak..”Anak??Tak sangka pula Syed
Azmi masih ada adik kecil.Banyak yang Nura Alia tidak tahu tentang lelaki
itu.Selama ini dia dibutakan dengan kasih sayang olok-olok lelaki dajjal
itu.Perasaan ingin membalas dendam semakin berkobar-kobar di hati Nura Alia
saat dia terfikirkan Syed Azmi.Ah!
Lupakan lelaki itu.
“Oo..anak.Berapa tahun anak datin tu?”
“Erm..dua..”
“Oh,dua tahun.Tak apa,datin.Saya sanggup.”Potong Nura Alia
laju.Dia meneguk kembali jus oren.Dahaga masih terasa kerana lakonan
menjerit-jeritnya tadi.
“Bukan dua tahun..Tapi dua puluh tujuh tahun,Nura..”Ujar
Datin Maizura jujur.
Plurrr…Habis tersembur air minuman dari mulut Nura Alia.Dia
terbelahak.Datin Maizura menggosok-gosok belakang Nura Alia yang seperti sukar
untuk bernafas itu.
“Te..terima kasih,datin.Saya okey.Okey-okey.”Nura Alia
megelap mulutnya.Terkejut baboon dia mendengar umur anak Datin Maizura itu
tadi.Biar betul?`Aku kena jadi
pengasuh budak yang berusia 27 tahun?4 tahun lebih tua dari
aku?Siapa dia tu?Abang Syed Azmi ke?Hish,mengarut!’Nura Alia bagaikan tidak
percaya.Dia memandang Datin Maizura seakan inginkan penjelasan.
“Maafkan aunty,Nura.Anak aunty tu memang 27 tahun tapi….tapi
perangai dia macam kanak-kanak 8 tahun,Nura.Dia autistik.”Ujar Datin Maizura
berterus-terang.`Autistik?Apa benda tu?Kejap-kejap..tu bukan yang macam Aisah
50sen ke?Yang tak berapa nak cukup IQ tu.Hish,seram aku..’Desis Nura Alia
sendirian.Mungkin sebab itulah Syed Azmi tidak pernah langsung berminat untuk
membuka mulut bercerita tentang keluarganya.Mungkin dia segan dengan keadaan
salah seorang ahli keluarganya yang cacat itu.
“Nura…Nura…”Nura Alia terjaga dari monolognya.Dia tersenyum
kelat.
“Nura mesti terkejutkan dengan cerita aunty tadi kan.Nura
mesti tak nak teruskan kerja ni kan?”Nura Alia pantas menggeleng.Ting!!Keluar
satu idea dari kepala otaknya.
“Datin,saya bersimpati dengan nasib datin dan
keluarga.Sebenarnya saya pernah menjadi sukarelawan menjaga kanak-kanak
autistik ni.Jadi,saya dah lali dengan perangai budak-budak macam tu.Insya-Allah
saya mampu menjadi pengasuh yang terbaik untuk anak datin tu.”Bohong Nura
Alia.Dia menunggu reaksi Datin Maizura.Datin Maizura seperti berfikir tentang
sesuatu.
“Emm..betul Nura dah biasa kerja dengan budak-budak autistik
ni?Aunty tak paksa kalau Nura tak mampu.Aunty faham.”Nura Alia meraih tangan
Datin Maizura.Dia ingin menyalurkan aura kepercayaan pada wanita separuh abad
itu.
“Percayalah,datin..Saya memang mampu jaga anak datin
tu.Terimalah saya bekerja dengan datin.”Bersungguh-sungguh Nura Alia
menyakinkan ibu Syed Azmi itu.Akhirnya,lambat-lambat Datin Maizura
menganggukkan kepala tanda setuju.Yes!Nura Alia melonjak riang dalam hati.Misi
pertamanya sudah berjaya.
*********************
Nura Alia duduk berbaring di atas katil bujangnya.Dia
tersengih seorang diri.Esok bermulalah misi jahatnya.Dia sudah tidak sabar
untuk membalas dendam.Sikit pun dia tidak risau tentang kerjanya esok.Kerana
yang penting sekarang dia sudah masuk ke dalam keluarga Syed Azmi.
Nura Alia mengambil sesuatu di dalam laci almari di
sebelahnya.Sebuah diari.Dia menulis sesuatu di dalam itu.Dia tersenyum lagi.
MISI 1:SUDAH SAKSUS!
MISI 2:BERKAWAN DENGAN ABANG SYED AZMI.
Apa ntah name mamat
tu.Lupa pulak nak tanya datin tadi..Tak apa,Lia.Yang penting kau geng dulu
dengan keluarga lelaki tak guna tu.Hehehe!
Nura Alia menutup kembali diarinya.Dia meletak kepala atas
bantal lalu terus dipejam rapat matanya.Dia ingin tidur awal.Kerana pagi-pagi
esok dia sudah ingin terpacak di depan rumah majikan terbarunya itu.Harap-harap
segala misinya berjalan dengan lancar.
********************
“Air,bang.”Datin Maizura menghulurkan secawan air kopi
kepada suaminya yang sedang ralit membaca itu.Datin Maizura merenung
suaminya.Datuk Azman yang sedar dirinya diperhati sebegitu tiba-tiba berdehem.
“Hmm..hmm…Hai isteri abang ni ada apa-apa ke?Renung abang
macam abang ada buat salah aje.”Gurau Datuk Azman.Datin Maizura hanya tersenyum
seraya mencubit lembut lengan suaminya.Ada-ada saja orang tua ni.
“Abang,sebenarnya Mai ada sesuatu perkara nak bincangkan
dengan abang.Maafkan Mai kalau abang anggap Mai ni meminggirkan abang.Tapi,Mai
rasa abang pasti akan
setuju dengan keputusan Mai tu.”Panjang lebar Datin Maizura
berbicara.Datuk Azman berhenti membaca.Ditutupnya kitab yang sedang di
bacanya.Dia memandang wajah isterinya serius.
“Ada apa,Mai?Pasal Boboy ke?”Risau juga Datuk Azman kalau
hal yang ingin disampaikan oleh isterinya itu berkaitan dengan Boboy.
“Abang,Mai sebenar dah ambil seorang pengasuh baru untuk
jaga Boboy.Abang tak marahkan?”Datuk Azman terdiam.Pengasuh?Masih ada lagikah
pengasuh yang sanggup menjaga Boboy?Kalau sanggup pun pasti tidak akan bertahan
lama.
“Mai cari kat mana pengasuh tu?Agensi mana?Betul ke dia
boleh jaga anak kita tu?”Bertubi-tubi soalan keluar dati mulut Datuk Azman.Dia
bukan apa,dia hanya inginkan yang terbaik untuk Boboy.Biarlah pengasuh yang
ingin menjaga Boboy itu benar-benar ikhlas melakukan pekerjaannya itu.Bukan
kerana wang semata-mata.
“Mai yakin dia mampu,bang.Budak tu nampak gaya macam dapat
menjaga Boboy kita tu dengan baik dan penuh disiplin.Lagi pun dia cakap dia pernah
jaga budak-budak autistik ni.Bolehkan,bang?”Datuk Azman berjeda.Dia mengeluh
perlahan.Tak salah rasanya kalau dia cuba dulu menggunakan khidmat pengasuh
baru itu.Mana tahu,budak tu nanti dapat mengembalikan keceriaan Boboy semula.
Datuk Azman akhirnya mengangguk setuju.Datin Maizura
menguntum senyuman.Dia bersyukur dalam hati kerana suaminya mengizinkan
pengasuh baru mengambil alih tugas untuk menjaga anak
tersayangnya,Boboy.Harap-harap Nura dapat menjaga anak bujangnya itu sebaik dan
seikhlas yang mungkin.
***********************
Nura Alia memarkirkan motosikal Yamaha Ego LC kesayangannya
di garaj kereta.Menumpang sekali sekali apa salahnya kan?Dia mengemas-ngemaskan
pakaiannya.Biarlah kemas sikit.Ambil hati Mak Encik.Hehe.
Nura Alia duduk termanggu di kaki tangga.Sudah kering
tekaknya memberi salam.Tiada seorang pun yang menyahut.Mungkin terlalu awal dia
datang.Dia menilik jam.Memang awal sangat pun.Baru pukul 7.45 pagi.Pak guard
pun belum datang lagi.`Lia..Lia…Excited tak bertempat.’Gumam Nura Alia
keseorangan.
“Eh,Cik Nura.Awal sampai.”Tutur Kak Jah sebaik saja dia
membuka pintu utama vila 3 tingkat itu.Nura Alia cepat berdiri dan menyalami
tangan Kak Jah.
“Biasalah Kak Jah..semangat.Hik hik.Erm..Kak Jah,sorry pasal
semalam ya.Silap orang daa.”Malu gila Nura Alia semalam.Ada ke patut dia boleh
cop Kak Jah tu sebagai mak datin.Padahal Kak Jah hanya berkain batik dan baju
yang dipakaikan pun taklah glamour ala-ala mak datin tu.
“Tak apa,Cik Nura.Kak Jah faham.Eh,jomlah masuk.Duduklah kat
dalam tu.Jom.”Nura Alia membuntuti Kak Jah.Dia dijemput duduk di ruang tamu
yang luasnya seperti dewan itu.Besar gila kata ko.
Kak Jah menyediakan air teh suam kepada Nura Alia.Dia
menghilang lagi ke dapur.Katanya ada kerja yang ingin diselesaikan.Nura Alia termanggu.Matanya
berkelip-kelip merenung segenap ruang tamu.Memang macam rumah mak datin,pak
datuk.Mewah.Entah kenapa tiba-tiba matanya mulai kuyu.Mungkin mengantuk masih
lagi bersisa.Dengan keadaan sofa yang besar lagi empuk itu,Nura Alia merebahkan
tubuhnya di situ.`Best jugak kalau tidur-tidur ayam ni.’Omel Nura Alia sambil tersenyum.Beberapa
ketika kemudian,lagu Twinkle-twinkle Little Star mula menerawang di
benaknya.Lenalah Nura Alia di atas sofa yang empuk itu.
Sejam kemudian…
“Siapa tu,Jah?”Tanya Datuk Azman seraya memuncung ke arah
Nura Alia yang sudah terbongkang tidur itu.Pelik memang pelik.Tiba-tiba ada
seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya berada di situ.Siap tidur
lagi.Siapakah dia?
“Ooo..itulah pengasuh baru Boboy,Datuk.Dia datang awal pagi
sangat tadi.Mengantuklah tu.Erm..datuk nak saya kejutkan ke?”Kak Jah sudah mahu
bergerak untuk pergi mengejutkan Nura Alia yang kelihatan lena sekali tidur.Kak
Jah bukan apa,dia takut Datuk Azman tidak suka apabila dia memandai menyuruh orang
asing tidur di atas sofa mewahnya itu.
“Biarkan aje,Jah.Tak apalah,dia letih tu.Okeylah,Jah.Saya
nak berangkat dah ni.Kena awal sikit hari ni.Nak pergi Janda Baik,lawat tapak
projek.Jah nak kirim apa-apa ke?”Itulah Datuk Azman.Baiknya orangnya.Tidak
menyombong diri walaupun dah senang-lenang.Masih menganggap pekerjanya seperti
ahli keluarganya sendiri.Terharu Kak Jah tika itu.
“Tak apalah,Datuk.Saya tak nak kirim apa-apalah.Tapi,datuk
belikanlah Boboy tu buah tangan.Mesti dia suka.”Datuk Azman mengangguk
faham.Boboy memang suka dengan hadiah.Terutama hadiah dari papanya.Datuk Azman
meminta diri.Dia melangkah ke pintu utama.
“Jah,nanti jemputlah budak ni sarapan sekali dengan Kak Mai
kau dengan Boboy tu,ya.Bagi dia sarapan yang best-best sikit.”Ujar Datuk Azman
mengambil berat.Kak Jah hanya menganggukkan kepala tanda faham.
*********************
“Apa nama kau,hah?”Tanya Nura Alia sambil bercekak
pinggang.Dia merenung tajam muka budak lelaki yang sedang tertunduk di hadapannya
itu.Jelas kelihatan yang budak itu takut untuk bertentang mata dengannya.`Ini
sudah bagus.Hehe.’Tawa jahat Nura Alia kedengaran.
“Nama kita Boboy.”Jawab budak itu pendek.Nura Alia tidak
berpuas hati dengan jawapan kontot macam tu.Dia bertanya lagi.
“Boboy bin apa?Kau kan masih ada ayah.”Boboy mengerutkan
dahi tidak faham.Bin?Apa tu?Apabila melihat tiada tindakbalas dari budak yang
bernama Boboy itu,Nura Alia mula menghampirinya.
“Aku tanya tak jawab.So,kau kena denda.Baru padan dengan
muka kau.”Boboy masih terpaku.Dia tidak mengerti kata-kata kakak di hadapannya
itu.Nura Alia menarik Boboy menuju ke taman.
“Aku nak kau buat jalan itik sebanyak 300 langkah di kawasan
taman ni.Sekarang!”Nura Alia mengeluarkan arahan.Sesi membuli telah
bermula.Inilah yang dia inginkan.Membuli abang Syed Azmi secukupnya.Hahaha.
“Cepat!”Boboy lambat-lambat duduk bercangkung.Dia memegang
telinganya bersilang lalu mula berjalan itik.Air mata sudah bergenang.Nura Alia
menepuk tangan gembira.
“Jalan lagi..lagi…Hah,macam tulah.”Semakin galak Nura Alia
tergelak tatkala melihat gelagat Boboy yang patuh seperti kerbau di cucuk hidung
itu.Dasar budak tak cukup seringgit!
“Jalan lagi..lagi..Hahaha…”
“Nura..Nura…”
“Pusing-pusing..Bagus…”
“Nura..Bangun Nura…Nura…”Datin Maizura menggongcangkan tubuh
Nura Alia yang seperti sedang mengigau itu.Tangan gadis itu terangkat-angkat
seperti menghalau sesuatu.Datin Maizura bungkam.
“Nura…Nura Alia!”Kali ni lebih keras panggilan Datin
Maizura.
“Hmm…apa dia?Teruskan jelah.Jangan nak curi tulang.Buat
sampai 300 langkah tau.”Nura Alia masih dalam mimpinya.Langsung tiada
tanda-tanda hendak sedarkan diri.Datin Maizura tiba-tiba mendapat satu
idea.Datin Maizura tercari sesuatu.`Hish,tak adalah pulak.’Datin Maizura menggarukan
kepala.
“Gelilah..Hish,gelilah…Hik hik….”Datin Maizura menahan tawa
melihat keadaan Nura Alia saat itu.Datin Maizura sebenarnya sedang menggeletek
pinggang Nura Alia.Susah betul nak kejutkan gadis itu dari tidur.Rasanya ini
saja caranya.
“Janganlah geletek..Gelilah…”Dia menepis kuat tangan Datin
Maizura yang sedang meggeleteknya itu.Akhirnya Nura Alia terbangun juga dari
tidurnya.Dia terkedu.Blurr.
“Aunty?Eh,datin..?Eh..hish…”Datin Maizura sudah tidak mampu
menahan tawanya.Gelaknya akhirnyaterburai juga.Nura Alia tertunduk malu.Dia
mengetuk-ngetuk kepalanya.Malu gila.
“Dah..dah..Jom kita pergi sarapan.Comel betullah Nura
ni.Nakal.”Datin Maizura mula mengatur tapak ke meja makan.Senyuman masih
bersisa di wajahnya.Nura Alia sudah tidak terkata saat itu.Dia hanya mengikut
Datin Maizura dari belakang.Dia hanya mampu mengutuk dirinya sendiri.`Sengallah
kau ni,Lia.’
No comments:
Post a Comment