Thursday, 23 January 2014

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik Bab 5


Bab 5

“Selamat pagi,Kak Jah…Peace upon you..”Ucap Nura Alia ceria.Dengan selambanya dia mencapai getah paip dari tangan Kak Jah.Seperti biasa dia akan menyibuk mengganggu Kak Jah pagi-pagi begini sebelum mulakan tugasnya sebagai babysitter kepada mamat tak cukup seringgit a.k.a Boboy.

“Eh,Nura ni tak payahlah siram pokok-pokok ni.Ni kan kerja Kak Jah.”Kak Jah merampas semula getah paip dari tangan Nura Alia.Nura Alia menerbitkan muncung itiknya.

“Orang nak tolong pun tak kasi akak ni.Erm..mamat tak…Eh,bukan-bukan..Maksud saya Boboy mana,Kak Jah?Tak bangun lagi ke?”Hampir terlepas panggilan ‘manjanya’ pada Boboy tadi.Hari ini genaplah sebulan Nura Alia bekerja di sini.Masih tiada banyak perubahan.Boboy tetap sukar untuk diajak berbual.Apabila menggunakan umpan Ah Chan baru lelaki itu akan tergerak untuk bercakap dengannya.

“Tidur lagilah tu.Nura pergilah kejutkan dia.Datin dah kejutkan tadi tapi liat pulak Boboy nak bangun hari ni.Kak Jah pun dah banyak kali pergi kejutkan dia tadi.Tapi tetap tak nak bangun.Penat sangat kot.”Cerita Kak Jah sambil melangkah pergi menutup kepala paip.Nura Alia menganggukkan kepala.

“Kalau macam tu biar saya pergi cuba kejutkan dia pulak ya,kak.Datin dengan datuk mana,kak?”Tanya Nura Alia ingin tahu.

“Diorang pergi kenduri kat kampung keluarga sebelah Datuk Azman.Dalam petang nanti diorang baliklah kot.Nura nak minum air apa?Biar akak buatkan.”Bagus betul layanan yang diterima oleh Nura Alia di sini.Dia dianggap seperti ahli keluarga di rumah besar ini.

“Err..macam biasalah,kak.Terima kasih.Saya pergi kejutkan Boboy dulu ya.”Nura Alia berlari-anak anak masuk ke dalam rumah.Dia mendaki anak tangga menuju ke bilik Boboy.Ini kali ke-2 dia melangkahkan kakinya ke bilik lelaki itu.Pertama kali masuk ke dalam bilik Boboy,Nura Alia hanya mampu menganga mulut.Bilik Boboy 2 kali ganda lebih besar biliknya.Fuhh!Cantik,luas dan kemas betul bilik lelaki itu.Nura Alia mengetuk-ngetuk pintu beberapa kali.Dia memulas tombol pintu.

“Boboy…Boboy…akak masuk ya…”Nura Alia menguak daun pintu.Senyuman terukir saat terpandangkan tubuh Boboy yang mengerekot menahan suhu sejuk dari penghawa dingin.Tiba-tiba idea nakal terbit di kepala otak Nura Alia.Terjengket-jengket dia melangkah ke katil Boboy.

“Fuhh…fuhh….fuhh…”Nura Alia menghembus lembut ke muka lelaki yang sedang lena tidur itu.Langsung tidak bereaksi.Tidur mata kot.Melihatkan Boboy masih tidak bergerak,Nura Alia mencari sesuatu di dalam beg sandangnya.‘Hah,ada pun.Yes!’Dengan berhati-hati Nura Alia menconteng muka Boboy dengan pelembap bibirnya.Nura Alia menahan tawa.Lucu memang lucu.Berkerut-kerut muka lelaki itu menahan geli.

“Janganlah…”Boboy akhirnya bersuara dengan suara paraunya.Matanya masih terpejam rapat.Nura Alia berhenti menconteng.Selang beberapa minit kemudian,dia menyambung menconteng kembali.

Conteng..conteng…conteng…

Zapp!!Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Boboy.Dia tersungkur jatuh di atas dada bidang lelaki itu.Saat itu Nura Alia hanya mampu menutup matanya rapat-rapat.Dia tidak berani lagi hendak berfikir apa-apa tatkala tangan Boboy merangkul pula pinggangnya.Nura Alia mengeras seperti batu.Jantungnya berdegup sakan.Dia mula terbayangkan perbuatan Syed Azmi itu.Dia cuba melepaskan diri.Ternyata rangkulan lelaki itu sangat kemas.

Nura Alia akhirnya dapat menarik nafas lega apabila tidak berapa lama kemudian Boboy dengan perlahan-lahan melepaskan pegangannya dan berpaling memeluk bantal.

“Bodoh!Gatal!Miang!!!”Barulah dia rasa boleh bernafas.Nura Alia merapi-rapikan semula pakaiannya.Dia menyumpah-nyumpah Boboy.‘Siaplah kau,Boboy.Oo..nak ambil kesempatan ya.Nanti kau!’Tanpa berfikir panjang lagi,Nura Alia menggoncang-gongcangkan tubuh Boboy.

“Hoi!!Bangunlah,hoi!!Bangunnnn!!”Cubitan hinggap di peha kanan Boboy.Boboy masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.Nura Alia beralih ke bahagian kaki pula.

“Hik…hik…gelilah..janganlah geletek..hiii…hiii…”Geletekan Nura Alia bertambah laju.Kerana tidak tahan digeletek,Boboy akhirnya bangun dari tidurnya.Dengan wajah blurr,dia memandang gadis di hadapannya itu tanpa berkelip.

“Pergi mandi sekarang!!Akak dengan Ah Chan tunggu Boboy kat bawah.Tak nak lewat.Tepat pada jam 9 pagi,akak nak Boboy dah terpacak kat pondok sana.Ada faham?!”Arah Nura Alia tanpa belas kasihan.Lelaki itu pula hanya mengangguk menurut.Dalam keadaan yang separuh sedar itu,Boboy meloncat turun dari katil.Dia laju menuju ke bilik air.

“Hah,kenapa pulak keluar?Dah siap ke mandi?”Tanya Nura Alia apabila Boboy keluar semula dari bilik mandi.

“Kita lupa ambil tuala kita.”Jawab Boboy takut-takut.Tanpa berani memandang muka Nura Alia yang sudah garang menyinga itu,Boboy cepat-cepat mencapai tuala di penyidai lalu laju melangkah masuk ke dalam bilik mandi semula.

“Huh,itu pun nak takut.Ni baru sikit aura Nura Alia dikeluarkan tau..Nanti silap-silap hari bulan terkencinglah kau sebab takut dengan aku ni.Hehehe…”Dengan langkah gembira Nura Alia menapak keluar dari bilik itu bersama-sama dengan anak patung Sin Chan Boboy.

Mungkin ada sesuatu wayar yang sudah terputus dalam kepala otaknya kerana dia langsung tidak terfikir lagi mengenai kejadian `miang+gatal` itu tadi.Kejadian itu berlalu begitu sahaja.

********************

“Susah-susah aje kak Jah ni.”Nura Alia menyambut dulang yang dibawa oleh Kak Jah itu.Ada nasi goreng,keropok dan air milo.

“Ni untuk sarapan Boboy,Nura.Air milo ni untuk Nura satu,untuk Boboy satu.Boboy makan kenyang-kenyang ya?”Kak Jah tersenyum melihat Boboy yang sedang leka menulis sesuatu di buku itu.Entah apa yang ditulisnya.Nampak macam ada banyak nombor.

“Erm..akak masuk dululah.Nak pergi sidai kain pulak.Kalau ada apa-apa,panggillah Kak Jah nanti ya?”Nura Alia menganggukkan kepala.Setelah kelibat Kak Jah tidak kelihatan,dengan lahapnya Nura Alia makan nasi goreng kampung itu.Terkulat-kulat Boboy memandangnya.

“Apa tengok-tengok?Buat kerja tu sampai siap.Siapa suruh lewat tadi?Orang cakap pukul 9 tepat,dia datang pukul 10 pulak.Tulah,lain kali jangan mandi lama-lama sangat.Aku pun tak mandi lama macam tu tau.”Bebelan Nura Alia didengar sepi oleh Boboy.Dia tertunduk sedih.

“Nak ke nasi goreng ni?”Tanya Nura Alia sambil-lewa.Boboy lambat-lambat mengangguk.Mukanya dah macam mahu menangis.

“Betul satu soalan,akak bagi Boboy 2 sudu nasi.Betul dua soalan,akak bagi Boboy 4 sudu nasi dan seterusnyalah…”Nura Alia merampas buku Matematik Tahun 1 dari tangan Boboy.Nura Alia tersenyum sinis melihat hasil kerja Boboy.‘Bijak jugak budak ni.Dah buat kat tajuk darab.Bagus.Maknanya dia ni taklah bodoh mana pun.’Nura Alia tercari-cari soalan susah.Dia ingin mengenakan Boboy.Biar tak boleh makan lelaki tu nanti.

Inilah formula terbarunya.P&P.Proses Pembelajaran.Harap-harap dengan mengajar Boboy subjek-subjek teras ini,dapatlah Boboy itu mengisi masanya dengan perkara yang berfaedah.Taklah kerjanya tengok tv saja.

“Soalan satu..Erm..”Nura Alia bersiap sedia dengan kalkulatornya.Dia memang tak khatam benar kalau bab-bab mendarab ni.Al-maklumlah,subjek Matematik bukanlah subjek kegemarannya sejak azali lagi.Buta nomborlah katakan.

“5 darab 4..hah berapa?”

“20.”Nura Alia terkedu dengan jawapan pantas Boboy.‘Bagi yang susah sikit,Lia.’Desis Nura Alia,memotivasikan dirinya sendiri.

“Erm..24 darab….”Nura Alia menekan butang kalkulator.

“24 darab 7?”

“168!”Nura Alia terkedu lagi.Dia sendiri belum sempat menekan butang ‘=’ tadi.Nura Alia buat-buat selamba.Dengan berat hati dia menyuap Boboy dengan 4 sudu nasi goreng.Cuak memang cuak.

“Tanyalah lagi,kakak.”Boboy sudah teruja dengan permainan ini.Nura Alia mencebik bibir.Dia membelek-belek lagi buku latihan itu.Dicarinya soalan yang paling susah untuk Boboy.

“Hah,yang ni..Erm…Kejap-kejap…”Sebagai langkah berjaga-jaga,Nura Alia melihat dahulu skema jawapan di belakang.Boboy hanya menunggu tanpa banyak kata.

“Okey..soalannya…Err..Liza ada 5 adik-beradik.Ada Lijah,Limah,Leha dan Laila.Faham setakat tu?”Boboy me-loading informasi soalan.Dia mengangguk faham.Nura Alia sudah tergelak kecil.Manalah ada soalan macam tu.Sengaja direka olehnya.

“Soalan akak..Lijah yang pertama.Limah yang ke-2.Leha yang ke-3 dan Laila yang ke-4.Siapa yang ke-5?Hah,jawab!Kalau Boboy betul soalan ni,akak bagi Boboy semua nasi goreng ni dan gula-gula ni.”Nura Alia memasang umpan.Wajah konfius Boboy jelas kelihatan.Sah-sah dia tak tahu apa maksud soalan Nura Alia tadi.

“Cepat….masa berjalan…”Nura Alia yakin Boboy pasti tidak akan dapat menjawabnya.

Masa terus berlalu.

“Hah,kita tahu..kita tahu..”Boboy sudah melonjak-lonjak riang.Dia menepuk-nepuk tangannya.

“Apa jawapan Boboy?”Seram jugak Nura Alia tengok Boboy macam ni.Macam orang tak betul saja.

“Jawapannya…Lijah…Limah…Leha…Laila….Li….za..Kan,kan?”Nura Alia menelan liur kelat.‘Hish!Macam mana dia boleh tahu ek?Bijak betul mamat tak cukup seringgit ni.Ya ke dia ni autistik?’Tanpa dipinta,Boboy memakan nasi goreng itu semahunya.Wajahnya begitu polos.Nura Alia mencatat sesuatu di diarinya.

MISI JAHAT:GAGAL!!benci..benci..benci!!

~Persoalannya,kenapa mamat tu dapat jawab soalan aku tadi?Pelik memang pelik.

********************

“Baru balik,Lia?Macam mana kerja hari ni?”Tanya Puan Aminah.Nura Alia menunjukkan isyarat ‘thumbs down’ kepada ibunya.Dia tercari-cari ais di dalam peti sejuk.Dahaga betul tekaknya.

“Pulak.Kenapa KO pulak,Lia?Budak yang Lia jaga tu nakal sangat ke?Mesti anak ibu tak boleh tahan kan.Tulah ibu suruh tolong ayah kat kedai runcit tu tak nak.Nak kerja jadi pengasuh konon.Macamlah awak tu pandai sangat jaga budak.”Panjang pula bebelan Puan Aminah.Nura Alia hanya menadah telinga.Masuk telinga kiri,keluar telinga kanan.

“Tak apalah,bu.Anggaplah kerja ni satu proses untuk Lia menjadi seorang ibu yang berjaya satu hari nanti.Berjaya macam ibu.”Nura Alia menjawabnya loyar buruk.Puan Aminah mengeluh.Tahu sangatlah modal anak daranya tu.Tak pernah nak serius dengan kata-katanya.

“Ibu,Lia naik mandi dululah.Lepas ni kena pergi kerja lagi.”Itulah rutin hariannya sekarang.Berulang-alik pagi dan petang.Kalau rajin,Nura Alia akan balik pada waktu tengah hari.Balik makan,balik mandi-mandi.

Nura Alia bersyukur kerana ibu dan abahnya memberi keizinan mereka untuk melepaskan dia bekerja di rumah agam itu.Tapi seperti biasa,kebohongan pasti akan

mencelah.Nura Alia memang mengaku dia bekerja sebagai pengasuh di rumah besar itu tapi ibu dan abahnya mati-mati ingat budak yang dijaga olehnya itu berusia dalam 4-5 tahun.IQ Boboy memang macam budak-budak tapi hakikatnya dia sudah layak menjadi bapa budak.

“Lia,ni ibu ada buatkan agar-agar lebih ni.Nanti Lia bolehlah bawa agar-agar ni untuk diberi pada budak tu ya.Ibu memang dah niat nak sedekah kat budak tu hari ni.”Puan Aminah kelihatan sibuk meletakkan agar-agar merah ke dalam bekas.Nura Alia hanya mengangguk faham.‘Hish,kan best kalau aku dapat ponteng kerja hari ni.Dah muak aku tengok muka si Boboy tu.’Bebel Nura Alia dalam hati.Dia melangkah keluar dari ruang dapur dengan langkah longlai.

*********************

“Boboy!!!”Jerit Nura Alia lantang.Dia bercekak pinggang.Merah padam mukanya menahan marah.

“Bukak cerita tu balik.Bak sini remote tu!!”Kebengangan sentiasa menyelubungi hati gadis itu apabila menonton tv bersama dengan Boboy.Lelaki itu sentiasa suka alih-alih siaran.Tahulah tv tu dia yang punya.

“Kita tak suka tengok cerita ni.”Luah Boboy kesedihan.

“Bagilah akak tengok cerita ni dulu.Minggu lepas akak miss tau Melodi ni.”Rancangan Melodi memang rancangan hiburan favouritenya.Nasib baik ada siaran ulangan pada waktu petang Rabu ini.Kalau tak pasti jenuh dia mencarinya di Youtube.

“Sinilah..”Boboy menyembunyikan remote tv di belakangnya.Dia menggeleng tak nak.Nura Alia takkan mengalah.

“Akak kata bagikan..Sini!!”Dia mencubit peha Boboy kuat.Tak cukup dengan itu dia menggeletek Boboy di pinggang.Boboy sudah ketawa terbahak-bahak.Dengan sendirinya dia memberi remote itu kepada Nura Alia.

“Assalamualaikum….”Ucap Datuk Azman di muka pintu.Dia melemparkan wajah gembira.Datin Maizura di sebelah juga turut tersenyum gembira.Dari luar lagi mereka sudah terdengar hilai-tawa Boboy tadi.

“Nura belum balik lagi ke?Dah petang ni.”Datuk Azman bertanya seraya duduk bersandar di sofa.Mungkin kepenatan memandu tadi.

“Nak baliklah ni,uncle.Boboy ni tak kasi Nura balik.”Selamba saja jawapan Nura Alia.Boboy langsung tidak mengendahkan keadaan sekeliling.Hanyut dengan cerita Upin dan Ipinnya.

Datin Maizura muncul dari dapur dengan membawa minuman dan kuih.

“Agar-agar ni Nura ke yang bawa?Sedap.Pandai Nura buat.”Puji Datin Maizura ikhlas.Datuk Azman yang melihat agar-agar yang merah menyala itu,cepat-cepat mencuba.Memang sedap.

“Terima kasih,aunty.Bukan saya yang buat.Ibu yang buat.”Ucap Nura Alia jujur.

“Boboy tak suka makan agar-agar.Uncle suka.”Datuk Azman terus menyuap agar-agar itu ke dalam mulutnya.Datin Maizura menggeleng melihat gelagat suaminya itu.Macam budak-budak.

“Erm..apa kata Nura tidur aje kat rumah ni malam ni.Sekali-sekala tidur kat rumah aunty ni apa salahnya kan.Lagipun dah nak Maghrib ni.Tak eloklah balik lewat-lewat macam ni.”Nura Alia tersenyum kelat.Dia berfikir sejenak.‘Tidur ajelah,Lia.Bolehlah kau skodeng aktiviti mamat tak cukup seringgit tu nanti.’Nura Alia akhirnya menganggukkan kepala setuju.

“Tapi,boleh tak aunty call abah saya beritahu yang saya tidur kat rumah aunty malam ni?Saya takut abah tak percaya nanti.Nanti dia ingat saya keluar malam pulak.”Tiba-tiba Datuk Azman mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Bagi uncle nombor telefon abah Nura.Biar uncle yang bagitahu.”Betapa baiknya keluarga ini melayannya.Semua yang Nura Alia minta,semua akan ditunaikan oleh kedua-dua makhluk Allah ni.‘Agak-agaknya kalau aku minta semua harta diorang aku rasa diorang pasti akan bagi kat aku.Tapi,sabar dulu,Lia.Belum masanya lagi kau kikis harta diorang.Kau masih ada satu lagi misi penting.Misi yang membuatkan kau layak sepenuhnya untuk memiliki harta keluarga ni khususnya harta Boboy tu.’Hanya itu yang sentiasa berada di benaknya kini.Misi,misi dan misi.Semuanya kerana perasaan dendamnya pada lelaki yang bernama Syed Azmi itu.

********************

“Sunyi pulak tak ada Lia malam ni kan,bang?Biasanya mulut dialah paling kuat pot pet-pot pet.”Ujar Puan Aminah seraya menjeling ke arah suaminya.

“Alah awak ni.Macam tak biasa pulak si Lia tu tak ada kat rumah.Dulukan dia selalu keluar malam.Sampai saya nasihat pun dia tak nak dengar.”Bidas Encik Razak dalam nada sedikit sinis.

“Tu dulu,bang.Sekarangkan dia dah insaf.Dah tak keluar malam lagi.Keluar rumah pun sebab pergi kerja.Saya bersyukur sangat sebab Allah mendengar doa saya selama ni,bang.”Sayu sekali bunyinya kata-kata Puan Aminah itu.

“Abang pun bersyukur,Nah.Abang tak boleh bayangkan kalau anak kita tu buat perkara yang tak elok belakang kita.Mungkin abang takkan dapat maafkan dia.”Luah Encik Razak.Puan Aminah hanya mengiyakan kata-kata suaminya itu.

“Baik betul layanan majikan Lia tu kan,bang.Sayang betul diorang kat Lia tu.Lia cakap dengan saya,majikan dia tu siap nak offer dia driver lagi untuk berulang-alik.Terharu saya mendengarnya.”Encik Razak yang sedari menulis tiba-tiba berhenti.Dia memandang isterinya dengan pandangan tidak percaya.

“Betul…Lia sendiri yang bagitahu saya sendiri hari tu.Dia cakap datuk dengan datin beria-ia offer dia driver tu.Kemudahan katanya.”Terang Puan Aminah.

“Hish,tak payahlah cakap kat Lia tu.Jangan nak mengada.Naik aje motor tu.Jangan nak berlebih-lebih.Takut nanti tak terbayar pulak budi datuk dengan datin tu.Nah,cakap dengan Lia ya?Jangan terima driver tu.Cakap abang tak kasi.”Tegas arahan yang dikeluarkan oleh Encik Razak.Dia tidak ingin orang di sekeliling mengata.Mulut orang ni sukar nak ditutup.Mereka akan bercakap apa yang mereka nampak.Sedangkan apa yang mereka nampak tak semestinya betul dengan keadaan yang sebenarnya.

“Baiklah,bang.Nanti saya bagitahu Lia.”Puan Aminah menurut perintah.Faham benar dia dengan sikap suaminya itu.Pantang menerima budi orang.Pantang juga kalau ahli keluarganya menjadi buah mulut orang sekeliling.

********************

“Assalamualaikumwarahmatullah…Assalamualaikumwarahmatullah…”Selesailah sudah solat Maghrib berjemaah di vila keluarga Datuk

Azman.Makmumnya;Boboy,Datin Maizura,Kak Jah dan tidak terkecuali Nura Alia.

Usai mengaminkan doa dan bersalaman,Datuk Azman menyampaikan sebuah takzirah pendek.

“Alhamdulillah..Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama hari ini.Malam kita nak tahu serba-sedikit

mengenai sifat seorang pendendam…”Nura Alia sudah terkedu.Tajuk yang amat kena dengan jiwanya saat ini.

Datuk Azman membelek helaian buku.

“Pengertian dendam itu ialah bila hati anda merasa sangat berat terhadap seseorang,seperti membencinya,menjauhi diri darinya dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati anda dan sentiasa hidup di situ…”

“Maksudnya seorang pendendam itu akan selalu merasa tidak tenang dan selalu ada perasaan marah dalam hatinya.Perasaan hasad dengki akan selalu ada dalam hati dia.Dia takkan kisah lagi tentang orang di sekitarnya.Yang penting,dendam terlaksana…”Nura Alia berasa ucapan Datuk Azman itu betul-betul seperti sebiji batu besar yang menghempap tepat ke kepalanya.

“Jadi papa nak baik Boboy,mama,kak Jah dan Nura..tolonglah jangan menyimpan dendam.Kerana dendam ni boleh meruntuhkan kasih sayang sesama kita.Buat apa kita nak menyimpan perasaan seperti itu sedangkan kita tahu yang Allah itu Maha Adil,Maha Mengetahui.Setiap yang buruk walau sekecil zarah pun Allah pasti akan balas.Inikan pula kebaikan yang kita buat.Berserah diri kepada Allah,biar Allah sahaja yang membalasnya…”

Termenung Nura Alia mendengar kata-kata terakhir itu.Biar Allah sahaja yang membalasnya….

*******************

“Tambahlah lagi,Nura.Apasal sikit aje makan tu.Tak suka ke lauk ketam ni?Boboy suka makan ketam.Tengok tu,bang.Dah tak pandang kiri kanan.”Datuk Azman dan Datin Maizura tersengih melihat anak lelakinya itu makan.Cukup berselera.

“Mai,tambahkan lagi nasi Nura tu.Malulah tu nak tambah.Jangan malu-malu,Nura.Buat aje uncle dengan aunty ni macam mak ayah Nura sendiri.”Nura Alia tersenyum kelat.Dia betul-betul terpukul dengan takzirah Datuk Azman tadi.Rasa seperti aura keinsafan wujud di tangkai hatinya.

“Tak apalah,aunty.Saya dah kenyang ni.Lagipun saya tak berapa sangat lauk ketam ni.”Ujar Nura Alia jujur.

“Kalau macam tu,biar aunty pergi masakkan lauk lain untuk Nura ya?Ayam masak kicap okey tak?”Datin Maizura sudah mahu mengangkat punggung.Cepat-cepat Nura Alia menghalangnya.

“Tak apa,aunty.Saya bukan tak boleh makan lauk ketam ni tapi cuma saya betul-betul dah kenyang ni.Seganlah saya macam ni.”Ucap Nura Alia malu-malu.Rasa mahu menangis pun ada.Hiba.Rasa macam tak layak pula dia menerima layanan seperti ini.

“Kalau Nura dah kata macam tu tak apalah.Nanti aunty buatkan pencuci mulut untuk Nura ya..Boboy nak pencuci mulut aiskrim tak?”Tanya Datin Maizura kepada Boboy yang sedari tadi ralit dengan ketam-ketamnya itu.

“Nak!!!Nak dua.”Jawab Boboy girang.Nura Alia pula sudah menangis di dalam hati.Rasanya tidak sanggup lagi dia hendak meneruskan agenda balas dendamnya ini.`Ya Allah,biarlah aku redha dengan ini semua.Redha dengan perbuatan Syed Azmi kepada ku itu.Janganlah aku terus menyimpan perasaan dendam ini,ya Allah.’Doa Nura Alia seikhlas hatinya.

Suamiku Tak Romantik Tapi Autisik Bab 4


BAB 4

 “Nura nak minum air apa?”Datin Maizura bertanya sambil tangannya sibuk menyeduk mee goreng ke dalam pinggan Nura Alia.Nura Alia berasa malu pula.Dahlah tertidur sampai mengingau-ngingau tadi.Sekarang wanita di hadapannya ini menyediakan sarapan pula untuknya.Baiknya.

“Erm..tak apalah,datin.Air apa-apa pun boleh.”Ujar Nura Alia malu-malu kucing.Menolak jangan sekali.Datin Maizura tersenyum.

“Aunty buatkan air kopi ya?”Nura Alia mengangguk.Datin Maizura menapak ke dapur.Nura Alia menongkat dagu.Dia memandang mee goreng di hadapannya.`Kalau aku makan,nanti nampak sangat aku ni cekadak.Tuan rumah pun belum makan lagi.Tunggu dululah.’Nura Alia memandang sepi mee goreng yang kelihatan sangat enak itu.Perut dahlah lapar.

“Mama…Mama kita lapar.”Nura Alia pantas berpaling ke arah suara itu.Matanya tidak berkelip memandang.`OMG!Handsomenya.Hish,siapa pulak mamat ni ya?Ramai jugak adik beradik Syed Azmi.Ni abang ke adik dia ni?Eeii..tak malu.Singlet aje kau pakai.Dahlah jarang.’Nura Alia buat-buat tenang.Padahal jiwa wanitanya bergetar apabila melihat kesasaan tubuh lelaki itu yang kelihatannya masih mamai di kaki tangga.

“Mama..kita lapar ni.Nak makan.”Nura Alia masih kaku.Kewujudannya di situ langsung tidak diendahkan oleh lelaki yang berbahasa dirinya kita itu.Boboy duduk melentok di atas meja makan.Mengantuk bebenor gayanya.Sesekali Nura Alia melerit ke arah Boboy.`Hello!Tak nampak ke aku kat sini ni?’Omel Nura Alia geram.Dia betul-betul berasa seperti `ditunggulkan’.

Boboy mencapai peha ayam goreng di dalam piring.Zapp!Nura Alia turut mencapai peha ayam goreng yang sama.Boboy menarik peha ayam itu.Dia memandang Nura Alia dengan pandangan yang tidak puas hati.Nura Alia turut menarik peha ayam itu.Boboy memegang pehaayam kemas.Nura Alia menarik lagi.Dia takkan mengalah.Sesi tarik-menarik terus berlangsung.

“Ya Allah…dah-dahlah tu.Apa ni main tarik-tarik makanan pulak.Boboy,bagi akak peha ayam tu.Kan banyak lagi ni.”Datin Maizura mengucap panjang melihat situasi tarik-menarik itu.Boboy menggeleng laju.Dia tidak ingin melepaskan pegangannya.Nura Alia juga sama.Anak mata mereka bertembung.

“Boboy,bagilah akak peha ayam tu.Boboy ingat tak apa yang mama pesan?Siapa yang bergaduh lebih-lebih lagi kalau bergaduh depan rezeki,Allah tak sukakan?Allah akan campak kita ke api neraka kan?Betul tak?”Perlahan-lahan Boboy melonggarkan pegangannya.Dia takut apabila mendengar perkataan neraka.Dia melepaskan peha ayam goreng itu.Dia tertunduk sedih.Nura Alia tersenyum menang.

“Hah,macam nilah anak mama.Okey,sekarang Boboy nak minum air apa?Biar mama buatkan.”Datin Maizura mengusap-usap rambut berserabai anak kesayangannya itu.Boboy termenung berfikir.`Boboy?Huh,nama tak kena langsung.Muka kacak ala-ala Daniel Wu,tapi panggil Boboy.Apa kelas?’Bebel Nura Alia dalam hati.

“Boboy nak air horlicks.Sejuk ya,ma..Terima kasih.”Boboy menguntum senyum.Baik betul mood dia hari ini.Datin Maizura senang melihat keceriaan anaknya hari.Ingat tadi nak melenting.

“Nura..”

“Ya,datin..”

“Inilah anak aunty.Boboy nilah yang akan Nura jaga nanti.”Glupp.Sudah.Nura Alia terkedu.`Dia?Oh,tidak!Harap muka aje handsome tapi rupa-rupanya tak cukup seringgit.’Nura Alia tersenyum kelat.Dia mencebik tidak suka.`Macam mana aku boleh tak perasaan yang dia ni 3 suku tadi.’Nura Alia berdiri.Dia berdehem-dehem membetulkan suaranya.

“Err…perkenalkan…saya Nura Alia.Boleh panggil Lia aje.”Salam dihulurkan.

Diam.

Jam terus berdetik.Salam Nura Alia langsung tidak disambut Boboy.Dia melemparkan wajah blur-nya.Itulah sikap Boboy.Dia tidak suka bercakap atau prihatin dengan orang disekelilingnya melainkan mama dan papanya.Langsung tidak dipedulikan Nura Alia.Nura Alia menyembunyikan cebikan geramnya.`Amboi!Berlagaknya.Tak apa.We wait and see.’Nura Alia sudah ada perancangannya sendiri.Dia akan menjalankan misinya mengikut pelan-pelan yang telah dirangka olehnya semalam.Meranalah hidup mamat tak cukup seringgit ni nanti.Hahaha….

************************

Nura Alia memandang jam di tangan kanannya.Jam 11 pagi.Rasa-rasanya sudah hampir dua jam dia menunggu Boboy.`Kurang asam punya mamat ni.Mandi ke buat bilik mandi?Lama gila.’Nura Alia tercari-cari Kak Jah.Dia menuju ke dapur.

“Kak Jah,Boboy lambat lagi ke turun?Lama betul dia mandi ya.”Tanya Nura Alia.

Kak Jah mengangguk.

“Boboy memang suka mandi lama-lama.Erm..Nura nak Kak Jah panggilkan dia turun ke?”Tanya Kak Jah balik.Nura Alia berjeda.Dia berfikir.`Apa kata aku interview Kak Jah dulu.Hah,nanti senang sikit aku nak kawal mamat tak cukup seringgit tu.’Nura Alia mengajak Kak Jah duduk.Kak Jah sudah terpinga-pinga.

“Kak Jah,ceritalah kat saya pasal Boboy tu.Apa dia suka,apa dia tak suka.Dia tu macam mana orangnya.Ceritalah.”Nura Alia sudah bersedia mendengar.Kak Jah menggaru kepala.`Hish,budak ni.Aku tengah banyak kerja dia suruh bercerita pulak.’Kak Jah mengeluh tiba-tiba.Dahi Nura Alia berkerut tidak faham.

“Nura kalau nak lebih memahami Boboy tu,akak rasa lebih elok Nura tanya ibu Boboy sendiri,Datin Mai tu.Dia lebih memahami keadaan Boboy yang

sebenarnya,Nura.”Nura Alia bungkam.Susahlah macam ni.Nura Alia bukan apa,dia takut hatinya menjadi lemah apabila mendengar Datin Maizura bercerita nanti.Wanita itu terlalu baik.Dia takut dia sendiri tidak sampai hati meneruskan misinya nanti.

“Alah,kak Jah ni.Ceritalah.Sikit pun jadilah,kak.Yang basic aje.Please..”Kesian pula Kak Jah melihat gadis itu yang sudah bersungguh-sungguh untuk mendengar itu.Kak Jah menghela nafas panjang.Akhirnya dia membuka cerita.

***********************

Nura Alia membuka lembaran diarinya.Dia menulis sesuatu.

Kesimpulan yang aku dapat dari cerita Kak Jah pasal mamat tak cukup seringgit a.k.a Boboy sengal;

01)Bangun tidur pukul 6 pagi.Solat Subuh.Lepas tu tidur balik.

02)Bangun tidur pukul 9 pagi untuk sarapan.Lepas sarapan tengok cerita kartun.

03)Lepas tu pergi mandi,bersiap-siap.Turun balik selepas sejam atau dua jam.

04)Tengok tv lagi.Cerita Sin Chan.

05)Lunch.

06)Mandi kat kolam renang.

07)Solat Zuhur.Lepas tu tengok cerita kartun lagi.

08)Solat Asar.Main pondok-pondok dengan `kawan baik’ dia,Sin Chan.

09)Makan malam.

10)Maghrib,Isyak.Tengok tv lagi.

11)Pukul 10 malam.Tidur.Light off.

Selesai menulis,Nura Alia menutup kembali diari rahsianya.Dia menyimpan diari itu ke dalam beg sandangnya.Dia duduk termenung.

‘Bagus.Tak tinggal solat.Tapi,bosan betul aktiviti mamat tu.Tak berfaedah langsung.Tengok tv,tv,dan tv.Gila ke?Aku takkan biarkan aktiviti kau macam tu lagi,Boboy.Aku akan kucar-kacirkan rutin harian kau.Hahaha.Siaplah kau nanti.’Nura Alia mengukir senyum.Dia menarik nafas dalam-dalam.Dia akan memulakan tugasnya sebagai pengasuh sekarang.Ya.Sekarang.

Nura Alia menghampiri Boboy yang sedang leka berenang-renang dalam kolam renang.Gembira sekali wajah lelaki itu.Nura Alia duduk di birai kolam.Dia menyingsing kaki seluar lalu meletak kakinya ke dalam kolam renang.Dingin sekali terasa airnya.

“Boboy…”Panggil Nura Alia.Boboy tidak berminat.Nura Alia mencuba lagi.Dia harus memancing perbualannya dengan Boboy.Dia harus berkawan dengan lelaki tu.

“Boboy,marilah sini.Erm..Boboy nak tak gula-gula ni?”Ujar Nura Alia sambil mengambil gula-gula di dalam poket seluar jeansnya.Boboy berhenti berenang.Matanya tertumpu pada gula-gula di tangan Nura Alia itu.`Yes!’Nura Alia tersenyum senang.

“Ambillah.A..akak bagi Boboy.Marilah sini.”Terasa tua pula apabila ber-akak dengan lelaki itu.Padahal Boboylah yang lebih tua darinya.Tapi memandangkan ini saja cara untuk memancing Boboy,Nura Alia rela dalam terpaksa.Nura Alia teringat semula kata-kata Kak Jah tadi.

“Hah,satu lagi,Nura..Boboy tu suka panggil orang di sekeliling dia dengan panggilan kakak,abang,pak cik,mak cik.Macam Nura ni,Nura kenalah bahasakan diri Nura akak dengan dia.Baru dia suka.Sebab Boboy ingat dia tu masih muda.Nura fahamkan maksud Kak Jah ni?”Nura Alia menjegilkan mata.Dia terpaksa menggangguk faham.

Boboy berenang ke tepi kolam.Dia naik.Dia sudah selesai berenang.Terkulat-kulat Nura Alia di situ.Dia menunggu Boboy menuju ke arahnya.Dia berdiri.

“Ambillah gula-gula ni.Best..”Ucap Nura Alia menyakinkan lagi Boboy.Boboy menapak ke arahnya.`Satu..dua…ti….’Nura Alia mengetap bibir.Geram.Dia meramas-

ramas gula-gula dalam genggaman tangannya.

Boboy menonong pergi dari situ.Langsung tidak memandang Nura Alia.Nura Alia mengurut-urut dada.`Sabar Lia.Sabar.Tarik nafas.Hembus..’Nura Alia memeluk

tubuh.Dia berfikir lagi.Nampaknya susah betul nak buat budak-budak autistik ni suka dengan kita.Mereka dengan dunia mereka sahaja.Kena buat banyak kajian dan rancangan lagi.Ya.

***********************

Tiga hari kemudian….

Sudah tiga hari Nura Alia mencuba memancing perbualannya dengan Boboy.Semuanya tidak menjadi.Lelaki itu langsung tidak tergerak hati hendak bercakap dengannya.Ada juga dia bertanya dengan Datin Maizura dan Kak Jah,tapi mereka juga tidak tahu cara yang spesifik untuk membuat Boboy berbicara.Mungkin Nura Alia memerlukan lebih banyak masa.

Sudah bermacam taktik gadis itu lakukan.Berpura-pura terjatuh,berpura-pura menangis,berpura-pura ketawa terbahak-bahak dan lain-lain lagi.Namun,semua itu tidak langsung menarik minat Boboy.Pening kepala Nura Alia dibuatnya.Baru tiga hari dia bekerja,rasa macam nak berputus-asa saja.Tapi,apabila terkenangkan perkara terkutuk yang Syed Azmi pernah buat padanya,Nura Alia bersemangat kembali untuk meneruskan kerja ini.Misi harus diteruskan.

“Macam mana dengan kerja,Nura?Okey ke?Boboy dah bercakap dengan Nura ke belum?”Tanya Datin Maizura mengambil berat.Datin Maizura bukan apa,dia takut Nura Alia tidak sanggup lagi untuk meneruskan pekerjaaan ini.

“Belum ada perkembangan lagi,aunty.Tapi insya-Allah saya yakin yang saya akan dapat membuka mulut Boboy tu.Aunty doa-doakan,ya?”Jawab Nura Alia buat-buat confident.Datin Maizura mengangguk.Dia mulai suka dengan sikap Nura Alia.Gadis ini tidak cepat melatah.Tidak cepat berputus-asa.Semangat pun berkobar-kobar.Datin Maizura harap Nura Alia dapat masuk ke dunia fantasia nak lelakinya itu.

“Aunty,saya ingat nak spy si Boboy tulah seminggu ni.Boleh tak,aunty?”Hanya itu saja yang Nura Alia boleh fikirkan saat ini.3 hari 3 malam dia berfikir.Rasanya itu saja caranya.Dia akan menggunakan pengalamannya mengintip gerak-geri Boboy selama seminggu ini.Dengan cara ini barulah dia dapat mencelah di setiap aktiviti Boboy nanti.Bijak kan?Hehe.

“Erm..aunty okey aje,Nura.Kalau Nura rasa ini jalannya,Nura buat ajelah.Aunty izinkan.”Nura Alia menguntum senyum.`Harap-harap jadilah kali ni.Aminn..’Doa Nura Alia dalam hati,berharap.Kalau tak jadi,alamatnya susahlah dia nak menjadi `bidadari` di hati Boboy.

*********************

Nura Alia memerhati Boboy dari jauh.Sudah seminggu dia spy Boboy.Serba-sedikit dia mula memahami keadaan lelaki itu.Betul-betul macam budak-budak.Yang paling penting,AKHIRNYA Nura Alia mendapat cara yang paling berkesan lagi mudah untuk membuka mulut mamat tak cukup seringgit tu.Caranya senang saja.Sin Chan,kawan baik Boboy itu.

“Aduh!!Aduh..duh..duh…”Nura Alia buat-buat terjatuh.Kakinya terpeleot.Dia menjeling Boboy.Lelaki itu seakan-akan ingin datang menolongnya tapi kelihatan takut-takut.

“Aduh!Tolong akak,Boboy…Sakitnya kaki akak ni…Aduh..”Kali ini lebih kuat jeritan Nura Alia.Dia berusaha untuk bangun tapi tidak mampu.`Hish,mamat ni!Cepatlah datang tolong aku.Panas ni.’Nura Alia memang sudah salah tempat untuk terjatuh tadi.Sudahlah waktu tengah hari.Bahang matahari betul-betul menusuk kalbu.

“Boboy,tolonglah akak bangun ni.Tak kesian ke kat akak ni?”Nura Alia sudah hilang sabar.Kalau Boboy masih tidak datang menolongnya,dia tidak akan meneruskan lakonan ni lagi.Nura Alia menunggu.Tiba-tiba Boboy bergerak ke arahnya.`Yes!!Dia datang sini.’Nura Alia berpura-pura menangis.Dia mengurut-urut buku lalinya.

“Jomlah kita bawak kakak duduk kat pondok sana.”Boboy menghulurkan tangannya.Nura Alia menyambutnya laju.Peluang hanya datang sekali.Boboy memimpin Nura Alia yang terhencut-hencut itu.Mereka berteduh di pondok kecil di sebelah kolam renang.

“Terima kasih,Boboy.Duduklah dulu.Kesian kat Sin Chan tu.Tengok muka dia macam dia panas aje.”Nura Alia mengibas-ngibas muka anak patung Sin Chan.`Habislah kau,Lia.Sama gilalah kau dengan mamat sengal ni nanti.’Tiba-tiba Boboy tersenyum.Nura Alia terkesima.Jelas kelihatan lesung pipit saat Boboy tersenyum tadi.Manis sekali.

“Ah Chan ni memang tak suka panas.Dia cepat berpeluh.”Ujar Boboy sambil mengusap-usap kepala anak patung Sin Channya itu.`Apa kejadahnya anak patung berpeluh.Dasar tak cukup seringgit.’Omel Nura Alia sinis.Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

“Ah Chan nak gula-gula ni?Best tau..”Nura Alia menunggu reaksi Boboy.Jelas sekali lelaki itu tidak berpuas hati.Dia tertunduk sedih.Nura Alia tergelak dalam hati.

“Apa Ah Chan?Bagi kat Boboy sebiji?Okey,nanti akak bagi ya.”Tutur Nura Alia tiba-tiba.Dia hanya meniru kebiasaan lelaki itu.Boboy suka sangat bercakap-cakap dengan anak patungnya itu.Macam orang gila cakap sorang-sorang.

“Ah Chan kata bukan sebiji…tapi dua bijilah…”Nura Alia menjegilkan mata.Dia menahan tawa.`Mamat ni autistik ke kena renjatan eletrik ni?Sengal betullah.’Lambat-lambat Nura Alia menghulurkan dua biji gula-gula kepada Boboy.Laju Boboy memakannya.

“Boboy,kita kawan ya?Boboy nak tak geng dengan akak?”Nura Alia mencuba nasib.Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.Baik untung sabut,sebab Nura Alia memang tak pandai berenang.Kan silap-silap hari bulan dia sama-sama tenggelam dengan misi-misinya nanti.

Boboy menggarukan kepala.Dia berfikir.Kusyuk sangat berfikir sampaikan tak lepas ibu jarinya dari mulutnya itu.Dihisapnya dari tadi.

“Boboy..Boboy nak tahu tak yang akak ni sebenarnya kawan baik Sin Chan.Tapi sebab akak sibuk semenjak dua menjak ni,akak dah jarang jumpa dia.Akak bukan nak cakap besarlah kan tapi akak tahu semuanya pasal Ah Chan ni.Betul.”Nura Alia merapu lagi.Entah apa yang dirapunya dia sendiri pun tidak tahu.Harap-harap Boboy percaya dengan cakapnya tadi.

“Kakak tahu tak Ah Chan suka warna apa?Hah,mesti kakak tak tahu kan.”Tanya Boboy tiba-tiba.Nura Alia berjeda.`Fikir,Lia..Fikir cepat..’Warna kegemaran Sin Chan?

Apa ya?Tiba-tiba pandangan Nura Alia jatuh pada anak patung Sin Chan yang dikepit kemas oleh Boboy itu.Nura Alia tersenyum yakin.

“Alah,Boboy ni.Soalan punyalah senang.Ah Chan mestilah suka warna merah dan kuning.Kan?Betul kan?”Jawab Nura Alia yakin.Lambat-lambat Boboy mengiyakan jawapan Nura Alia itu.`Sah-sahlah dia suka kuning dan merah.Kan Sin Chan selalu pakai baju dan seluar warna tu.Hehehe.Bijaklah kau,Lia.Syabas inspector sahab.Hik hik..’

“Kita kawan ya?Lepas ni akak akan cerita semuanya tentang Ah Chan kat Boboy.Okey?”Nura Alia menghulur tangan.Boboy menggeleng-gelengkan kepala.Sesaat kemudian dia mengukir senyum.

“Nama kita Boboy.”Ucap Boboy malu-malu sambil menjabat tangan Nura Alia.Nura Alia menepuk-nepuk bahu Boboy kuat.

“Hehe…terima kasih Boboy sebab sudi kawan dengan akak.Nama akak Nura Alia.Boleh panggil Li….”

“Kita nak pergi tengok cerita Ipin dululah.Bye!”Potong Boboy laju.Dia berlari masuk ke dalam rumah.Nura Alia mengetap bibir geram.`Kurang asam jawa punya budak ni.Aku baru nak kenalkan diri.Dah dua kali dia buat aku macam ni.Nak kena ni.Hish,sengal!!’Bebel Nura Alia tak sudah-sudah.Dia menyingsing lengan bajunya.

‘Hoi,Lia!!’Tiba-tiba ada suara berbisik.

‘Apa hah?Aku nak pergi ajar budak tak cukup seringgit tu.Jangan kacaulah!’

‘Kau gila?Nanti kalau kau buli budak tu terang-terangan mahu bocor misi jahat kau tu.’

‘Tapi,lelaki tu betul-betul buat aku sakit hati tau.Sama macam adik dia tu,Syed Azmi setan.’

‘Relakslah,Lia.Jangan terburu-buru.Sabar okey?Sabar.Kau baru jadi kawan Boboy tu,janganlah kau buat Boboy tak suka kau pulak.Banyak masa lagi,Lia.’

‘Erm..betul jugak tu.Nasib baik kau bagitahu.Thanks,babe.’Nura Alia berhenti melangkah.Dia terduduk semula di pondok.

Mungkin masih terlalu awal untuk dia menunjukkan belangnya.`Relaks,Lia.Kau masih banyak masa lagi.Kau `kautim` kaw-kaw dulu dengan Boboy tu.Lepas tu kau gunalah idea-idea bernas kau tu.’Nura Alia tersengih.Dia mula berfikir plan yang seterusnya.Rancangan untuk menambahkan kepercayaan Boboy dan seluruh penghuni vila ini.

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik Bab 3


BAB 3

Kini sudah hampir dua minggu kejadian ngeri itu berlalu.Selama itu juga Nura Alia tidak keluar rumah walau sekali.Hidupnya dibelenggu kemurungan.Hidupnya dibelenggu perasaan sakit hati yang meluap-luap pada lelaki yang bernama Syed Azmi itu.Kata maaf langsung tidak terucap oleh lelaki durjana itu.Nura Alia bagaikan masih tidak percaya dengan kejadian hari itu.Sukar untuk dia mempercayai yang lelaki yang paling dia sayang,cinta dan percaya merupakan seorang lelaki yang hanya ingin mempermainkan hati wanitanya.

Cukuplah.Nura Alia tidak akan mempercayai lelaki itu lagi.Kata-kata penghinaan dari Syed Azmi masih terngiang-ngiang di kepala otaknya.Begitu sekalikah lelaki itu menganggapnya selama ini?Seorang perempuan kampung yang tak layak langsung hendak berdampingan dengan lelaki sepertinya?Ah!Tapi kenapa dia tega melakukan perkara itu?Perkara yang hampir meragut kehormatan Nura Alia.

“Hello…”Jawab Nura Alia lemah.Dia sebenarnya tiada mood untuk menjawab panggilan itu.Tapi dari tadi telefon bimbitnya asyik berdering tidak berhenti.

“Hello,Lia..Apa cer kau sekarang ek?Lama betul kau tak contact aku.Sejak kau couple dengan Azmi ni kan,kau langsung tak chill dengan aku.Apa punya kawan da.”Mata

Nura Alia terus bergenang apabila mendengar nama Syed Azmi disebut.Mahu saja dia memutuskan panggilan dari Romy itu.Namun,tangannya bagaikan digam apabila mendengar perkhabaran yang sedang disampaikan oleh Romy.

“Lia,kau tahu tak?Syed Azmi,bos aku,pakwe kau tu dah tak ada kat Malaysia?Mesti kau tahukan.Entah apa punya boslah dia tu.Pergi macam tu aje.Lain kali buatlah parti perpisahan ke apa ke kan?”Telefon terus terjatuh dari pegangan Nura Alia.Dia terkesima.`Syed Azmi dah tak ada kat Malaysia?Dia pergi mana?Dia sakit ke?Oh,tidak!’

“Ke…kenapa dengan dia,Romy?Di..dia sakit ke?”Tanya Nura Alia inginkan kepastian.Namun,jawapan yang dilontarkan oleh Romy di hujung talian amat-amat menghancurkan hatinya yang telah hancur itu.

“Dia tak sakitlah..Dia sambung ambil Ph.D kat Spain sana.Bidang apa entah.Orang kayalah katakan.Apa-apa pun boleh buat.”Nura Alia tidak sanggup untuk mendengar

lagi.Dia pantas memutuskan talian.Biarlah apa yang hendak difikirkan Romy.

`Kenapa kau pergi,Mi?Dasar lelaki tak guna!Boleh dia pergi macam tu saja lepas apa yang dia buat kat aku?Kau memang tak berhati perut.’Nura Alia kini sudah nekad.Andai lelaki itu benar-benar tidak memerlukannya lagi,dia juga tidak akan terhegeh-hegeh untuk menunggu kata maaf dari lelaki durjana itu.Hanya satu yang Nura Alia ingin lakukan sekarang.Dia takkanberdiam diri.`Aku akan balas apa yang pernah kau buat kat aku,Syed Azmi!Aku akan buat kau sedar betapa bernilainya permata

yang kau hampir cemari ni!Aku akan balas dendam pada kau,Syed Azmi!!Arghhh!!!!!’Nura Alia membaling bantalnya ke serata.Dia terjelepuk jatuh.Dia hanya mampu menangis saat ini.Tapi,dia yakin yang air mata ini tidak lama lagi akan berhenti mengalir.Dia takkan lagi mengalirkan air mata walau setitis demi seorang manusia yang bergelar LELAKI!

**********************

Nura Alia menarik nafas dalam-dalam.Dia termangu sebentar tatkala melihat rumah di hadapannya itu.Rumah agam lagi mewah.Dengan bantuan Romylah dia mendapat alamat Syed Azmi ini.Kini dia sedar,kata-kata Syed Azmi ada benarnya.Layakkah dia untuk berdampingan dengan lelaki itu yang kaya-raya seperti ini.Memang tak layak.Tapi,layak atau tidak hanya satu yang dia ingin laksanakan saat ini.Balas dendam.Lelaki itu perlu diajar.Ya.Nura Alia akan balas dendam terhadap perbuatan Syed

Azmi itu melalui keluarganya.Rancangan sudah tersusun rapi di kepala otak gadis pendendam itu.Yang penting sekarang,misi pertamanya adalah ‘masuk’ ke dalam keluarga ini.Walau dengan apa cara sekali pun.

Nura Alia menekan-nekan butang loceng berulang kali.Pintu pagar masih belum terbuka.Ditekan lagi loceng itu tidak henti.Akhirnya beberapa minit kemudian keluarlah seorang pak guard dari dalam kawasan rumah.Dia menghampiri Nura Alia.

“Nak cari siapa?”Tanya pak guard serius.Nura Alia tiba-tiba menangis kesedihan.Pak guard kelihatan sedikit panik.

“Pak cik tolong saya,pak cik.Saya dah 2 hari tak makan.Saya nak cari kerja kat sini.Jadi tukang kebun ke apa ke,saya sanggup.Terimalah saya kerja kat sini,pak cik..”Nura Alia memainkan wataknya dengan baik.

“Anak ni salah rumah.Rumah ni tak memerlukan tukang kebun.Maaf ya.Anak boleh balik sekarang.”Nura Alia diusir.Pak guard meminta Nura Alia pergi dari situ.Nura

Alia lambat-lambat mengangkat kaki.`Potong stim betullah pak guard ni.Hish!Tak apa,aku guna plan B.’Nura Alia berhenti melangkah.

Tiba-tiba Nura Alia menerobos masuk ke pintu pagar.Pak guard sudah terpinga-pinga.Nura Alia berlari menuju ke laman rumah.Dia menjerit-jerit membuat kecoh.

“Datin,tolonglah ambil saya kerja.Saya ni miskin,2 hari dah tak makan.Tolonglah datin…”Kak Jah yang sedang menyiram pokok itu kaget dengan tindakan gadis yang tidak dikenalinya itu.Nura Alia menggenggam tangan Kak Jah erat.Dia merayu-rayu.

“Tolonglah datin.Saya sanggup buat apa saja…”

“Jah,kenapa ni?Siapa tu?”Soal Datin Maizura yang datang entah dari mana.Nura Alia masih dalam lakonannya.Sekarang sesi air mata pula.

“Tolonglah saya,datin…Saya sangat perlukan kerja.Apa-apa saja…”Kak Jah cuba meleraikan pegangan Nura Alia yang semakin mengemas itu.Nura Alia sudah menitiskan air mata.

“Maafkan akak,dik.Akak bukan datin.Akak orang gaji aje kat rumah ni.Itu baru tuan rumah ni.Datin Maizura.”Terang Kak Jah bersungguh sambil memandang Datin Maizura.Nura Alia terkedu.`Alamak!Takkan salah orang kot.’Lambat-lambat Nura Alia berpaling ke arah Datin Maizura.

“Datin,ambillah saya kerja dengan datin.Saya betul-betul perlukan kerja saat ni.Dah 2 hari saya tak makan sebab tak ada duit,datin..Tolonglah saya…”Kebohongan demi kebohongan keluar dari mulut Nura Alia.Dia tidak kisah lagi.Yang penting,Datin Maizura menerimanya bekerja di rumah mewah ini.

“Emm…jom ikut aunty.”Pelawa Datin Maizura seraya melemparkan senyuman.Nura Alia mengikut.Matanya tidak berkelip tatkala melihat hiasan dalaman rumah

itu.Mewah gila.First class.Nura Alia diminta duduk di ruang tamu.Datin Maizura menghilang ke bahagian dapur.

“Minum,nak.Jus oren aje.”Tiba-tiba Datin Maizura kembali dengan membawa segelas jus oren di tangan.Nura Alia menyambut lemah.Mukanya masih dibuat-buat sedih.Datin Maizura melabuhkan punggung di sebelah Nura Alia.

“Anak ni nama apa?”Tanya Datin Maizura ingin tahu.Nura Alia terhenti meneguk air.Dia mengesat sisa air mata di pipinya.Air mata plastik.

“Erm..nama saya Nura Alia,datin.”Jawab Nura Alia pendek.

“Nura ni tengah cari kerja ke?”Nura Alia pantas mengangguk.Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Nura Alia.Datin Maizura seakan ingin menawarkan sesuatu pekerjaan padanya.Ini sudah bagus.

“Nura berminat tak nak jadi babysitter?Pangasuh.”Datin Maizura berharap benar yang gadis di hadapannya ini mahu menerima pekerjaan itu.Menjadi pengasuh Boboy.Kak Jah rasanya sudah tidak mampu untuk melayan kerenah Boboy yang semakin hari semakin menjadi-jadi itu.Harap-harap tenaga muda Nura Alia dapat menjaga sekaligus mengawal kerenah anak lelakinya itu.

“Boleh saja,datin.Saya sanggup.Erm..berapa tahun umur cucu datin tu?”Tanya Nura Alia buat-buat ramah.Sesungguhnya selama ini dia langsung tidak mengenali ahli keluarga Syed Azmi.Sudah ditanya,tapi lelaki itu seakan-akan ingin mengelak saja dari menceritakan perihal keluarganya.Rupa-rupanya lelaki itu mempunyai seorang ibu yang sangat baik hati.Entah kenapa perangai Syed Azmi tidak sebaik ibunya.

“Emm…bukan cucu aunty tapi anak..”Anak??Tak sangka pula Syed Azmi masih ada adik kecil.Banyak yang Nura Alia tidak tahu tentang lelaki itu.Selama ini dia dibutakan dengan kasih sayang olok-olok lelaki dajjal itu.Perasaan ingin membalas dendam semakin berkobar-kobar di hati Nura Alia saat dia terfikirkan Syed Azmi.Ah!

Lupakan lelaki itu.

“Oo..anak.Berapa tahun anak datin tu?”

“Erm..dua..”

“Oh,dua tahun.Tak apa,datin.Saya sanggup.”Potong Nura Alia laju.Dia meneguk kembali jus oren.Dahaga masih terasa kerana lakonan menjerit-jeritnya tadi.

“Bukan dua tahun..Tapi dua puluh tujuh tahun,Nura..”Ujar Datin Maizura jujur.

Plurrr…Habis tersembur air minuman dari mulut Nura Alia.Dia terbelahak.Datin Maizura menggosok-gosok belakang Nura Alia yang seperti sukar untuk bernafas itu.

“Te..terima kasih,datin.Saya okey.Okey-okey.”Nura Alia megelap mulutnya.Terkejut baboon dia mendengar umur anak Datin Maizura itu tadi.Biar betul?`Aku kena jadi

pengasuh budak yang berusia 27 tahun?4 tahun lebih tua dari aku?Siapa dia tu?Abang Syed Azmi ke?Hish,mengarut!’Nura Alia bagaikan tidak percaya.Dia memandang Datin Maizura seakan inginkan penjelasan.

“Maafkan aunty,Nura.Anak aunty tu memang 27 tahun tapi….tapi perangai dia macam kanak-kanak 8 tahun,Nura.Dia autistik.”Ujar Datin Maizura berterus-terang.`Autistik?Apa benda tu?Kejap-kejap..tu bukan yang macam Aisah 50sen ke?Yang tak berapa nak cukup IQ tu.Hish,seram aku..’Desis Nura Alia sendirian.Mungkin sebab itulah Syed Azmi tidak pernah langsung berminat untuk membuka mulut bercerita tentang keluarganya.Mungkin dia segan dengan keadaan salah seorang ahli keluarganya yang cacat itu.

“Nura…Nura…”Nura Alia terjaga dari monolognya.Dia tersenyum kelat.

“Nura mesti terkejutkan dengan cerita aunty tadi kan.Nura mesti tak nak teruskan kerja ni kan?”Nura Alia pantas menggeleng.Ting!!Keluar satu idea dari kepala otaknya.

“Datin,saya bersimpati dengan nasib datin dan keluarga.Sebenarnya saya pernah menjadi sukarelawan menjaga kanak-kanak autistik ni.Jadi,saya dah lali dengan perangai budak-budak macam tu.Insya-Allah saya mampu menjadi pengasuh yang terbaik untuk anak datin tu.”Bohong Nura Alia.Dia menunggu reaksi Datin Maizura.Datin Maizura seperti berfikir tentang sesuatu.

“Emm..betul Nura dah biasa kerja dengan budak-budak autistik ni?Aunty tak paksa kalau Nura tak mampu.Aunty faham.”Nura Alia meraih tangan Datin Maizura.Dia ingin menyalurkan aura kepercayaan pada wanita separuh abad itu.

“Percayalah,datin..Saya memang mampu jaga anak datin tu.Terimalah saya bekerja dengan datin.”Bersungguh-sungguh Nura Alia menyakinkan ibu Syed Azmi itu.Akhirnya,lambat-lambat Datin Maizura menganggukkan kepala tanda setuju.Yes!Nura Alia melonjak riang dalam hati.Misi pertamanya sudah berjaya.

*********************

Nura Alia duduk berbaring di atas katil bujangnya.Dia tersengih seorang diri.Esok bermulalah misi jahatnya.Dia sudah tidak sabar untuk membalas dendam.Sikit pun dia tidak risau tentang kerjanya esok.Kerana yang penting sekarang dia sudah masuk ke dalam keluarga Syed Azmi.

Nura Alia mengambil sesuatu di dalam laci almari di sebelahnya.Sebuah diari.Dia menulis sesuatu di dalam itu.Dia tersenyum lagi.

MISI 1:SUDAH SAKSUS!

MISI 2:BERKAWAN DENGAN ABANG SYED AZMI.

  Apa ntah name mamat tu.Lupa pulak nak tanya datin tadi..Tak apa,Lia.Yang penting kau geng dulu dengan keluarga lelaki tak guna tu.Hehehe!

Nura Alia menutup kembali diarinya.Dia meletak kepala atas bantal lalu terus dipejam rapat matanya.Dia ingin tidur awal.Kerana pagi-pagi esok dia sudah ingin terpacak di depan rumah majikan terbarunya itu.Harap-harap segala misinya berjalan dengan lancar.

********************

“Air,bang.”Datin Maizura menghulurkan secawan air kopi kepada suaminya yang sedang ralit membaca itu.Datin Maizura merenung suaminya.Datuk Azman yang sedar dirinya diperhati sebegitu tiba-tiba berdehem.

“Hmm..hmm…Hai isteri abang ni ada apa-apa ke?Renung abang macam abang ada buat salah aje.”Gurau Datuk Azman.Datin Maizura hanya tersenyum seraya mencubit lembut lengan suaminya.Ada-ada saja orang tua ni.

“Abang,sebenarnya Mai ada sesuatu perkara nak bincangkan dengan abang.Maafkan Mai kalau abang anggap Mai ni meminggirkan abang.Tapi,Mai rasa abang pasti akan

setuju dengan keputusan Mai tu.”Panjang lebar Datin Maizura berbicara.Datuk Azman berhenti membaca.Ditutupnya kitab yang sedang di bacanya.Dia memandang wajah isterinya serius.

“Ada apa,Mai?Pasal Boboy ke?”Risau juga Datuk Azman kalau hal yang ingin disampaikan oleh isterinya itu berkaitan dengan Boboy.

“Abang,Mai sebenar dah ambil seorang pengasuh baru untuk jaga Boboy.Abang tak marahkan?”Datuk Azman terdiam.Pengasuh?Masih ada lagikah pengasuh yang sanggup menjaga Boboy?Kalau sanggup pun pasti tidak akan bertahan lama.

“Mai cari kat mana pengasuh tu?Agensi mana?Betul ke dia boleh jaga anak kita tu?”Bertubi-tubi soalan keluar dati mulut Datuk Azman.Dia bukan apa,dia hanya inginkan yang terbaik untuk Boboy.Biarlah pengasuh yang ingin menjaga Boboy itu benar-benar ikhlas melakukan pekerjaannya itu.Bukan kerana wang semata-mata.

“Mai yakin dia mampu,bang.Budak tu nampak gaya macam dapat menjaga Boboy kita tu dengan baik dan penuh disiplin.Lagi pun dia cakap dia pernah jaga budak-budak autistik ni.Bolehkan,bang?”Datuk Azman berjeda.Dia mengeluh perlahan.Tak salah rasanya kalau dia cuba dulu menggunakan khidmat pengasuh baru itu.Mana tahu,budak tu nanti dapat mengembalikan keceriaan Boboy semula.

Datuk Azman akhirnya mengangguk setuju.Datin Maizura menguntum senyuman.Dia bersyukur dalam hati kerana suaminya mengizinkan pengasuh baru mengambil alih tugas untuk menjaga anak tersayangnya,Boboy.Harap-harap Nura dapat menjaga anak bujangnya itu sebaik dan seikhlas yang mungkin.

***********************

Nura Alia memarkirkan motosikal Yamaha Ego LC kesayangannya di garaj kereta.Menumpang sekali sekali apa salahnya kan?Dia mengemas-ngemaskan pakaiannya.Biarlah kemas sikit.Ambil hati Mak Encik.Hehe.

Nura Alia duduk termanggu di kaki tangga.Sudah kering tekaknya memberi salam.Tiada seorang pun yang menyahut.Mungkin terlalu awal dia datang.Dia menilik jam.Memang awal sangat pun.Baru pukul 7.45 pagi.Pak guard pun belum datang lagi.`Lia..Lia…Excited tak bertempat.’Gumam Nura Alia keseorangan.

“Eh,Cik Nura.Awal sampai.”Tutur Kak Jah sebaik saja dia membuka pintu utama vila 3 tingkat itu.Nura Alia cepat berdiri dan menyalami tangan Kak Jah.

“Biasalah Kak Jah..semangat.Hik hik.Erm..Kak Jah,sorry pasal semalam ya.Silap orang daa.”Malu gila Nura Alia semalam.Ada ke patut dia boleh cop Kak Jah tu sebagai mak datin.Padahal Kak Jah hanya berkain batik dan baju yang dipakaikan pun taklah glamour ala-ala mak datin tu.

“Tak apa,Cik Nura.Kak Jah faham.Eh,jomlah masuk.Duduklah kat dalam tu.Jom.”Nura Alia membuntuti Kak Jah.Dia dijemput duduk di ruang tamu yang luasnya seperti dewan itu.Besar gila kata ko.

Kak Jah menyediakan air teh suam kepada Nura Alia.Dia menghilang lagi ke dapur.Katanya ada kerja yang ingin diselesaikan.Nura Alia termanggu.Matanya berkelip-kelip merenung segenap ruang tamu.Memang macam rumah mak datin,pak datuk.Mewah.Entah kenapa tiba-tiba matanya mulai kuyu.Mungkin mengantuk masih lagi bersisa.Dengan keadaan sofa yang besar lagi empuk itu,Nura Alia merebahkan tubuhnya di situ.`Best jugak kalau tidur-tidur ayam ni.’Omel Nura Alia sambil tersenyum.Beberapa ketika kemudian,lagu Twinkle-twinkle Little Star mula menerawang di benaknya.Lenalah Nura Alia di atas sofa yang empuk itu.

Sejam kemudian…

“Siapa tu,Jah?”Tanya Datuk Azman seraya memuncung ke arah Nura Alia yang sudah terbongkang tidur itu.Pelik memang pelik.Tiba-tiba ada seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya berada di situ.Siap tidur lagi.Siapakah dia?

“Ooo..itulah pengasuh baru Boboy,Datuk.Dia datang awal pagi sangat tadi.Mengantuklah tu.Erm..datuk nak saya kejutkan ke?”Kak Jah sudah mahu bergerak untuk pergi mengejutkan Nura Alia yang kelihatan lena sekali tidur.Kak Jah bukan apa,dia takut Datuk Azman tidak suka apabila dia memandai menyuruh orang asing tidur di atas sofa mewahnya itu.

“Biarkan aje,Jah.Tak apalah,dia letih tu.Okeylah,Jah.Saya nak berangkat dah ni.Kena awal sikit hari ni.Nak pergi Janda Baik,lawat tapak projek.Jah nak kirim apa-apa ke?”Itulah Datuk Azman.Baiknya orangnya.Tidak menyombong diri walaupun dah senang-lenang.Masih menganggap pekerjanya seperti ahli keluarganya sendiri.Terharu Kak Jah tika itu.

“Tak apalah,Datuk.Saya tak nak kirim apa-apalah.Tapi,datuk belikanlah Boboy tu buah tangan.Mesti dia suka.”Datuk Azman mengangguk faham.Boboy memang suka dengan hadiah.Terutama hadiah dari papanya.Datuk Azman meminta diri.Dia melangkah ke pintu utama.

“Jah,nanti jemputlah budak ni sarapan sekali dengan Kak Mai kau dengan Boboy tu,ya.Bagi dia sarapan yang best-best sikit.”Ujar Datuk Azman mengambil berat.Kak Jah hanya menganggukkan kepala tanda faham.

*********************

“Apa nama kau,hah?”Tanya Nura Alia sambil bercekak pinggang.Dia merenung tajam muka budak lelaki yang sedang tertunduk di hadapannya itu.Jelas kelihatan yang budak itu takut untuk bertentang mata dengannya.`Ini sudah bagus.Hehe.’Tawa jahat Nura Alia kedengaran.

“Nama kita Boboy.”Jawab budak itu pendek.Nura Alia tidak berpuas hati dengan jawapan kontot macam tu.Dia bertanya lagi.

“Boboy bin apa?Kau kan masih ada ayah.”Boboy mengerutkan dahi tidak faham.Bin?Apa tu?Apabila melihat tiada tindakbalas dari budak yang bernama Boboy itu,Nura Alia mula menghampirinya.

“Aku tanya tak jawab.So,kau kena denda.Baru padan dengan muka kau.”Boboy masih terpaku.Dia tidak mengerti kata-kata kakak di hadapannya itu.Nura Alia menarik Boboy menuju ke taman.

“Aku nak kau buat jalan itik sebanyak 300 langkah di kawasan taman ni.Sekarang!”Nura Alia mengeluarkan arahan.Sesi membuli telah bermula.Inilah yang dia inginkan.Membuli abang Syed Azmi secukupnya.Hahaha.

“Cepat!”Boboy lambat-lambat duduk bercangkung.Dia memegang telinganya bersilang lalu mula berjalan itik.Air mata sudah bergenang.Nura Alia menepuk tangan gembira.

“Jalan lagi..lagi…Hah,macam tulah.”Semakin galak Nura Alia tergelak tatkala melihat gelagat Boboy yang patuh seperti kerbau di cucuk hidung itu.Dasar budak tak cukup seringgit!

“Jalan lagi..lagi..Hahaha…”

“Nura..Nura…”

“Pusing-pusing..Bagus…”

“Nura..Bangun Nura…Nura…”Datin Maizura menggongcangkan tubuh Nura Alia yang seperti sedang mengigau itu.Tangan gadis itu terangkat-angkat seperti menghalau sesuatu.Datin Maizura bungkam.

“Nura…Nura Alia!”Kali ni lebih keras panggilan Datin Maizura.

“Hmm…apa dia?Teruskan jelah.Jangan nak curi tulang.Buat sampai 300 langkah tau.”Nura Alia masih dalam mimpinya.Langsung tiada tanda-tanda hendak sedarkan diri.Datin Maizura tiba-tiba mendapat satu idea.Datin Maizura tercari sesuatu.`Hish,tak adalah pulak.’Datin Maizura menggarukan kepala.

“Gelilah..Hish,gelilah…Hik hik….”Datin Maizura menahan tawa melihat keadaan Nura Alia saat itu.Datin Maizura sebenarnya sedang menggeletek pinggang Nura Alia.Susah betul nak kejutkan gadis itu dari tidur.Rasanya ini saja caranya.

“Janganlah geletek..Gelilah…”Dia menepis kuat tangan Datin Maizura yang sedang meggeleteknya itu.Akhirnya Nura Alia terbangun juga dari tidurnya.Dia terkedu.Blurr.

“Aunty?Eh,datin..?Eh..hish…”Datin Maizura sudah tidak mampu menahan tawanya.Gelaknya akhirnyaterburai juga.Nura Alia tertunduk malu.Dia mengetuk-ngetuk kepalanya.Malu gila.

“Dah..dah..Jom kita pergi sarapan.Comel betullah Nura ni.Nakal.”Datin Maizura mula mengatur tapak ke meja makan.Senyuman masih bersisa di wajahnya.Nura Alia sudah tidak terkata saat itu.Dia hanya mengikut Datin Maizura dari belakang.Dia hanya mampu mengutuk dirinya sendiri.`Sengallah kau ni,Lia.’

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik Bab 2


BAB 2

“Aku tak kira,Liza..kau wajib tolong aku.Alah aku pinjam ayah kau kejap aje.Bukan aku nak kidnap pun ayah kau tu.”Haliza menggeleng tak nak.`Buang tebiat ke apa,minah ni?Main pinjam-pinjam ayah pulak.Gila!’Haliza macam tak percaya dengan permintaan sahabat baiknya itu.Tak pernah-pernah orang minta tolong pinjamkan ayah.Mengarut.

“Kau bagi aku 10 sebab kenapa aku harus `pinjamkan’ ayah aku kat kau.Hah,apa sebabnya?”Haliza sudah bercekak pinggang.Dia menanti jawapan logik dari Nura Alia.Nura Alia sudah terkebil-kebil nak menjawab soalan itu.`Hish!Takkan nak cerita pasal Syed Azmi kot.Malulah aku..’Nura Alia bungkam.`Tapi kalau tak cerita kan,dia tak nak pinjamkan ayah dia pulak nanti.Nak cerita ke….’

“Hoi!!!Boleh pulak kau terkebil-kebil macam ni bila aku tanya.”Nura Alia tersengih dengan sergahan Haliza itu.Dia memaut bahu Haliza.

“Okey-okey.Aku terus-terang dengan kau.Aku….aku…aku…”

“Aku-aku.Dah macam Abang Mamat Khalid dah gayanya.”Ujar Haliza tersenyum.Nura Alia mengerutkan dahi.`Mamat Khalid?Oo..yang buat filem Hantu Kak Limah balik Rumah tu ek.Cis!Samakan aku dengan dia pulak.’Nura Alia masih bermonolog.

“Ada juga yang kena siku dengan aku pagi-pagi buta ni.”Perli Haliza apabila Nura Alia masih tidak membuka mulut bercerita.Nura Alia tersedar dari khayalannya.Dia menghadap Haliza serius.Nura Alia harap Haliza mempercayai ceritanya ini.Harap-harap Haliza dapat menolongnya.

“Okeylah,Liza.I tell you the story.Pada satu hari…….”Haliza mendengar dengan khusyuknya.Sesekali dia tergelak.

Bla..bla…bla..

“Hah..macam tulah cerita dia.So,aku nak pinjam ayah kau untuk berlakon jadi ayah aku untuk jumpa dengan lelaki tu.”Haliza berfikir sejenak.`Nak kata anak yatim,ayah ada lagi.Kenapa dia tak nak guna abah dia sendiri je?Hah,ni mesti kes kecut perut dengan sarjan misai.Hehe.’Desis Haliza tertawa.

“Yang kau tiba-tiba ketawa apasal?Aku mintak tolong ni.Please!”Nura Alia menunjukkan muka kesiannya.Hanya Haliza yang mampu menolongnya.Semuanya gara-gara mulut celuparnya hari tu.Nak kenakan Syed Azmi konon,alih-alih dia sendiri yang terkena.

Haliza termangu seketika.Dia musykil satu perkara.

“Kau suka ke kat Syed Azmi tu?”Nura Alia terkejuz dengan soalan ceput emas dari Haliza itu.Dia tersenyum kambing.

“Si…..kitlah..Sikit je.Dah aku nampak dia syok kat aku.Aku pun nak jugak merasa bercinta-cintun ni.Hik hik..”Nura Alia tergelak gatal.Dia sendiri pun tidak tahu kenapa,tapi dia merasa seakan-akan sudah terkena panahan cinta Syed Azmi.Dahlah cute macam Jay Chou,kaya lagi.Tapi yang paling penting,Nura Alia seperti sudah jatuh hati dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

“Gatal!Ayah aku okey aje kot.Tapi apa-apa jadi lepas ni jangan nak kaitkan my father.Okey?”Haliza sudah memberi kata putus.Nura Alia melonjak riang.Dia memeluk Haliza erat.

Haliza pening apabila memikirkan tentang kawannya yang seorang ni.Ada saja idea nak kenakan orang.`Nasib baik ayah aku sporting.’Bisik Haliza lagi dalam hati.

*********************

Boboy leka memerhati pantulan wajahnya di badan kereta yang berkilau itu.Dia menari-nari dia hadapan kereta sambil menepuk tangan.`Kawan baik’nya juga menari sama.

“Hoi!Tepi kau!Habis calar kereta aku.Pergi-pergi!”Syed Azmi menolak Boboy ke sisi jalan.Nasib baik tak jatuh.Boboy hanya memerhati.Dia tidak berani bersuara.

Tanpa mempedulikan Boboy,Syed Azmi terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu.Boboy terkulat-kulat di situ.Dia merungut,geram.Dengan langkah perlahan,dia menuju ke kolam renang.Dia tersenyum saat matanya melihat ikan-ikan yang berwarna-warni berenang-renang dengan tenang dalam kolam ikan buatan papanya itu.

“Nama kita Boboy.Ini Sin Chan,kawan kita.Emm..kita pun suka berenang.Apa kata kita berenang sama-sama.Nak tak?”Boboy mencabut selipar di kakinya.Dia meloncat turun ke dalam kolam ikan.Terpancar sinar kegembiraan di wajahnya tika itu.

“Ya Allah,Boboy…Naik-naik…Ya Allah..”Kak Jah meluru ke arah Boboy yang sedang duduk di dalam kolam ikan mini itu.Kak Jah menarik lengan Boboy kasar.Dalam kesakitan,Boboy hanya menurut.

“Hish,budak ni!Apasal Boboy main dalam ni?Kan kolam renang kat sebelah tu ada.Menyusahkan betullah..”Kata-kata Kak Jah langsung tidak diendahkan Boboy.Dia mahu melangkah masuk ke dalam kolam sekali lagi.

“Hish,kau ni!Aku kata jangan main dalam tu maknanya janganlah.Degilnya!!”Kak Jah memulas telinga Boboy kuat.Boboy menjerit kesakitan.

“Jah!!”Kak Jah pantas menurunkan tangan.Dia terkesima dengan sergahan Datin maizura.Kak Jah tertunduk ketakutan.Datin Maizura mendapatkan Boboy.Diulas lembut telinga Boboy yang sudah kemerahan itu.Dia merenung tajam ke arah kak Jah.

“Pergi masuk sediakan air mandian untuk Boboy.Pergi.”Kak Jah patuh.Dia mengatur tapak ke bilik Boboy.

“Kesian anak mama.Mesti sakitkan.”Datin Maizura memimpin Boboy yang basah lencung masuk ke dalam rumah.Perasaan hiba mula menyelubungi diri.Entah kenapa dia tidak mampu untuk memarahi Kak Jah.Kerana dia tahu,tanpa Kak Jah mungkin urusan seharian dia menjaga Boboy akan bertambah sukar.Sudah berpuluh-puluh orang gaji yang berkhidmat di rumah ini.Tapi,satu pun tak tahan lama.Kak Jahlah yang paling lama.Kak Jah memang agak garang tapi dia amat bersabar melayani kerenah Boboy.Datin Maizura amat berterima kasih atas itu.

“Boboy,lain kali Boboy jangan main dalam kolam ikan lagi ya.Kalau Boboy nak mandi,nak main air,Boboy main kat kolam renang ya?Ya sayang?”Datin Maizura menanggalkan baju di tubuh Boboy.Itulah satu-satunya cara untuk mengingatkan Boboy.Ulang dan ulang.Kena pesan berulang-kali walaupun kebanyakannya Boboy

langsung tak ambil kisah dengan pesanan-pesanan dari Datin Maizura.Tapi menurut doktor yang merawat boboy,pesakit autism memang perlu senantiasa diulangi dengan pesanan.Barulah minda mereka sentiasa bergerak dan berfikir.

Kekadang Datin Maizura hendak berputus-asa.Terlalu sukar baginya untuk menjaga anak seprti ini.Hebatnya dugaan Allah.Dia dan suami dilimpahkan dengan kekayaan dan kemasyuran tapi diuji pula dengan kecacatan anak kesayangan mereka.Itulah perancangan Allah.Hanya Dia yang lebih mengetahui segalanya.

*******************

Masing-masing mendiamkan diri.Nura Alia gelisah.`Cakaplah sesuatu,Pak cik Omar oi!’Nura Alia bungkam.Syed Azmi memerhati gadis disisinya yang sudah seperti cacing kepanasan itu.Dia kepelikan.

“Hmm..hmm..”Nura Alia berdehem-dehem.Dia memberi isyarat mata kepada Pak Cik Omar,ayah Haliza supaya memulakan bicara.Pak cik Omar mengangguk faham.

“Emm….dah lama kenal Alia ni?Kenal kat mana?”Soal Pak cik Omar memainkan wataknya.Nura Alia menarik nafas lega.Dia tersenyum melihat lakonan Pak cik Omar.

“Hah?Emm..saya baru je kenal Nura ni,pak cik.Saya kenal dia melalui Romy.”

“Oo..Romy yang kerja mekanik tu ya?”Syed Azmi pantas mengangguk.Debar di hati kian mereda apabila melihat pak cik Omar ini.Taklah serius sangat.

“Pak cik okey je bila korang nak kawan-kawan ni.Tapi kenalah jaga batasnya.Jangan nak melampaui batas.Pak cik pantang kalau anak-anak pak cik keluar dengan lelaki

bukan muhrim.Lebih-lebih lagi keluar malam.Pak cik tak suka.”Syed Azmi terkedu.`Alah,baru ingat nak minta izin tadi.Potong betullah.’Syed Azmi menggaru-garu kepala.

“Pak cik..saya ikhlas nak mengenali lebih dekat Nura Alia ni.Pak cik boleh izinkan tak?”Nura Alia menggeleng tidak.Pak cik Omar sudah kelu lidah.

“Emm…yang tu pak cik….”

“Awak,jom kita makan dulu.Ayah saya pun dah lapar ni.Kan ayah?”Semakin dibiarkan semakin tak menjadi rancangannya nanti.Siap minta izin lagi.Gila memang gila.

‘Sah!Syed Azmi memang serius dengan kau,Lia.Terima jelah dia tu.’Suara hatinya berbisik.

‘Ya ke dia ikhlas?Emm..aku..’

‘Alah,kau cubalah dulu couple dengan dia.Aku yakin dia memang syok kat kau.’

Nura Alia akhirnya menyimpul satu kata putus.`Aku akan terima dia.Ya!’Bisik Nura Alia yakin.

Selesai sesi suai-kenal tadi,pak cik Omar terus meminta diri.Nura Alia hanya menurut.Kan kalau lebih-lebih berlakonkan dengan pak cik Omar sekali yang kantoi dengan sarjan misai kat rumah tu.Eeii..seram-seram.

“Sporting ayah awak.Taklah garang sangat.Berdebar jugak saya tadi.”Syed Azmi tersenyum.Dia leka memandang wajah manis Nura Alia.Nura Alia mencebik.`Banyaklah kau punya ayah.Ayah aku tak sporting macam tulah.Garang gila,bro..’Nura Alia tersengih tiba-tiba.

“Kenapa ni?Janganlah sengih macam tu.Nanti bertambah sayang saya kat awak tau.”Ujar Syed Azmi seraya mencuit hidung Nura Alia lembut.Nura Alia membalasnya

dengan jelingan maut tapi manja.

“So,saya dah menurut perintah awak.Sekarang sudi tak awak terima saya?”Syed Azmi mengharap.Nura Alia keresahan.Namun,beberapa tika kemudian,dia mengangguk setuju.Syed Azmi tersenyum.Dia mula memasang angan.

Bermula dari hari itu,maka bermulalah kisah cinta Nura Alia dan Syed Azmi.

**********************

“Sayang…apa kata sayang jadi model Mi.Nak tak?Please!”Nura Alia terkesima.`Jadi model?Apa kejadahnya aku jadi model.Hish,tak nak aku.’Syed Azmi mengenggam

tangan Nura Alia erat.Dia mengharap.

Kini dengan sahnya Nura Alia sudah dimiliki oleh Syed Azmi seorang.Hubungan cinta mereka sudah masuk bulan yang ke-3.Syed Azmi tidak menyangka yang Nura Alia akan jatuh ke perangkap dengan senang.Lakonannya memang mantap.

“Mi,Lia tak retilah ber-modeling ni.Kaku..”Ucap Nura Alia manja.Hati Nura Alia kini berasa sangat gembira.Memang tepat keptusannya itu menerima Syed Azmi dalam hidupnya.Lelaki itu benar-benar sudah berubah.Syed Azmi tidak lagi berjumpa dengan kekasih-kekasihnya yang lama.Kenapa dia begitu pasti?Kerana dia sendiri yang mengintip pergerakan lelaki itu.Syed Azmi juga sangatlah romantik.Seromantik Seth Tan dalam drama Nora Elena tu.Bunga,cokelat,hadiah dan paling penting kasih

sayang yang diberikan oleh lelaki itu amat-amat membahagia Nura Alia.

“Alah,sayang.Senang aje..Sayang pose sajalah.Nak tegak ke,terduduk ke,tertonggek ke..ikut suka sayang.You just peragakan baju yang syarikat tu sponsor.Okey?”Nura Alia mula terbayang-bayangkan dirinya sedang berposing.Dengan sinaran flash yang bergemerlapan,dengan baju yang cantik-cantik..Wah!Bestnya.

“Emm…okeylah.Tapi Lia nak Mi selalu temankan Lia.Jangan tinggalkan Lia seorang diri dengan photographer tu.Okey?”Syed Azmi melonjak riang.Hampir-hampir saja dia memeluk gadis di hadapannya itu.Kalaulah dia terpeluk tadi,pasti imej baiknya akan tercalar.Yalah sekarangkan dialah lelaki Melayu terakhir dalam hidup Nura Alia.

Nura Alia diminta menyalin baju yang akan diperagakan nanti.Semuanya t-shirt.Simple.Memang sudah gayanya.

“Posing lagi..Hah..tengok depan.Orait!Cantik!”Kembang sudah Nura Alia saat itu apabila dipuji sebegitu oleh jurugambar.Syed Azmi memberi thumbs-up kepada Nura

Alia.Nura Alia tersenyum senang.Taklah susah mana pun kerja modelling ni.Kita posing jurugambar tangkap gambar kita.Posing-senyum.Senyum-posing.As simple as that.

“She is very photogenic.So beautiful…”Puji jurugambar itu lagi.Syed Azmi mula merancang sesuatu.Dia tersenyum jahat.

**********************

Encik Razak mundar-mandir di ruang tahu.Hatinya tengah panas sekarang.Bila-bila masa saja boleh meletup kebabo.Anak tunggalnya kini betul-betul sangat menguji kesabarannya.Keluar awal pagi,balik lewat malam.Keluar dengan jantan pulak tu.Sakit telinga ni orang sekeliling duduk mengata.

“Hah,baru ingat nak balik?!Tak balik langsungkan senang!”Sembur Encik Razak sebaik saja Nura Alia melangkah masuk ke dalam rumah.Nura Alia tertunduk takut.

“Sekarang ni sejak Lia kawan dengan budak lelaki yang entah dari tu kan,perangai Lia semakin menjadi-jadi ya.Keluar pagi-pagi buta,balik entah pukul berapa.Ingat abah

diam selama ni maknanya abah beri izin ke kat kau tu,hah?!”Mata Encik Razak mencerlang marah.Nafasnya turun naik.Anak seorang pun dia gagal nak jaga.Apa punya nasiblah.

“Abah takkan izinkan kau keluar rumah lagi.Pagi ke malam ke,duduk je kat rumah ni!Faham?!!!”Tengkingan Encik Razak menyentap hingga ke tangkai hati Nura

Alia.Nura Alia berlari naik menuju ke biliknya.Air mata mulai merembes ke pipi.

“Kalau kau buat hal yang bukan-bukan lagi lepas ni,abah akan kawinkan kau dengan pilihan abah.Kau faham?!!”Jerit Encik Razak lagi.Dia terduduk lemah di atas sofa.Dia mengeluh berat.Kenapalah dia terlalu manjakan anaknya dulu.Nak itu beri,nak ini beri.Tengoklah sekarang apa dah jadi.Menyesal pun dah tak guna.Anaknya kini degil,dah tak nak dengar cakap.
Bukan senang nak jaga remaja sekarang.Kalau dulu anak perempuan dijeling sekali saja oleh bapanya pasti akan ketakutan dan takkan mengulang lagi kesalahan.Tapi,remaja yang moden kini,dijeling ke dipukul sekali pun,tetap berkeras nak ikut kata hati jiwa remaja mereka saja.Yang sudahnya,lari dari rumah.Mintak jauhlah anaknya berbuat seperti itu.

********************

Nura Alia menangis semahunya.Dia menekup muka dengan bantal.Sakitnya hatinya saat itu.Bukan dia terguris dengan tengkingan ayahnya tadi tapi hatinya hancur luluh dengan kejadian yang menimpanya sebentar tadi.Mungkin inilah balasannya.Tidak mendengar kata ibu bapa.

Nura Alia hampir-hampir saja diperkosa oleh lelaki yang paling dicintainya.Syed Azmi memang setan.Nura Alia terduduk di birai katil.Dia teringat kembali kejadian yang dia takkan lupa sampai bila-bila itu.

“Mi,kita nak pergi mana ni?Dah lewat ni,jomlah balik.”Tutur Nura Alia dengan nada manja.Dia tidak sedap hati sebenarnya.Macam ada sesuatu saja yang tak elok akan berlaku.Dipandangnya Syed Azmi yang sedari tadi khusyuk memandu.

“Mi….hantarlah Lia balik.Kita nak pergi mana lagi malam-malam ni?Lia penatlah,Mi.”Dia memang sudah kepenatan.Hari ini seharian suntuk sesi fotografi berlangsung.Sudah cramp muka ni tersenyum.Tapi demi Syed Azmi,Nura Alia sanggup melakukannya.

“Sayang…Mi nak kita raikan hari berbahagia ni.Sekarang Lia pun dah jadi model tetap kan.So,tak salah rasanya kita berhibur meraikannya kan,sayang?”Syed Azmi mengulas lembut pipi Nura Alia.Nura Alia menepis lemah.Dalam rela dia terpaksa.Dia terpaksa juga akur dengan permintaan syed Azmi.

“Tapi..Lia nak balik sebelum pukul 11 malam.Okey?”syed Azmi mengangguk.Dia menoleh sekilas ke arah kekasih hatinya itu.Dia tersenyum.Senyum yang penuh makna.

**********************

Nura Alia memerhati sekeliling.Dia terduduk diam.Kelihatan Syed Azmi tengah sibuk bercakap dengan seseorang di hujung sana.Entah kenapa lelaki itu membawanya ke sini.Tak pernah walau sekali dalam hidupnya,dia melangkah ke tempat begini.Matanya bagai mahu tersembul keluar melihat remaja lelaki dan perempuan menari-nari dengan penuh keghairahan di tengah pentas sana.

“Jom,sayang ikut Mi kejap.”Syed Azmi menarik lembut tangan Nura Alia.Nura Alia mengikut.Langkah mereka menuju ke arah sebuah bilik.Nura Alia sudah tidak sedap hati.

“Masuk,sayang.Mi nak mandi kejap.Lia tunggu ya?Jangan ke mana-mana.Kejap aje.Melekit sangat tubuh Mi ni.”Debaran di hati masih terasa.Kenapa lelaki itu membawanya ke sini?Adakah dia ingin buat yang tidak elok pada gadis itu?Nura Alia pantas bangun.Dia ingin keluar dari situ.

“Nak pergi mana ni,sayang?Hmm?”Lengan Nura Alia ditarik dari belakang.Tiba-tiba Syed Azmi memeluknya ghairah.Nura Alia terpena.Dia sedaya upaya menolak tubuh syed Azmi yang sudah tidak berbaju itu.

“Janganlah,Mi.Kenapa dengan Mi ni?”Nura Alia berganjak kebelakang.Dia tidak sanggup membuat andaian.Seram dia melihat tenungan Syed Azmi tika itu.Penuh dengan nafsu semata.

“Mi nak Lia buktikan cinta Lia pada Mi.Tidur dengan Mi.”Nura Alia tersentak.Adakah telinganya tersilap dengar?

“Apa yang Mi merepek ni?Dah!Lia nak balik.”Nura Alia berlari menuju ke pintu.Namun,belum sempat menarik tombol pintu,tubuhnya seakan-akan melayang diangkat.Dirinya kini berada kemas di dalam dakapan Syed Azmi.Syed Azmi menghempas tubuh genit Nura Alia ke atas katil.Dia tersenyum sinis.Air mata sudah bergenag di tubir mata Nura Alia.Dia takut.Takut sangat.Lelaki di hadapannya ini sekarang bukan lelaki yang dia kenali 3 bulan lepas.

“Apa yang Mi nak buat ni?Lepaskan Lia!”Nura Alia mencuba melepaskan diri dari Syed Azmi yang sedang cuba menindihnya.Air mata sudah bercucuran jatuh ke pipi.Inikah nasibnya?Syed Azmi ingin merogolnya.

“Aku just nak dapat permata yang paling berharga dari kau.Haha..kau memang perempuan kampung,Lia!Bodoh!Senang sangat kau kena tipu.Kau ingat aku ni tergila-gila

sangat kat kau.Sedarlah diri tu sikit.”Syed Azmi sudah menunjukkan belangnya.Penyesalan mula menerjah ke ruang hati Nura Alia.Ternyata lelaki itu berpura-pura menyayanginya.Ternyata lelaki yang paling dicintainya sekadar ingin bermain cinta dengannya.

“Lia tak sangka Mi sanggup buat Lia macam ni.Apa salah Lia?”Syed Azmi mendekatkan wajahnya ke muka Nura Alia.Nura Alia memejam mata ketakutan.Nura Alia dapat merasa deru nafas lelaki itu menyapa ke mukanya.Bibir mereka akhirnya bersatu.Ciuman ghairah Syed Azmi langsung tidak dibalas Nura Alia.Dia tidak sanggup

lagi.`Ya Allah,tolong aku..’Dengan sekuat tenaganya,Nura Alia menolak tubuh Syed Azmi.Akhirnya dia lepas dari amukan hawa nafsu lelaki yang dipercayainya itu.

Entah kenapa Syed Azmi juga tidak sanggup untuk meneruskan adegan itu tadi.Dia seakan-akan tidak sanggup untuk melakukan perkara terkutuk itu pada Nura Alia.

“Aku tak sangka kau rupanya syaitan yang bertopengkan manusia!Kau penipu!!Kau setan!!”Nura Alia menarik selimut menyelubungi tubuhnya.Bajunya sudah terkoyak dek kerana rontaannya tadi.Syed Azmi berdiri.Dia memandang Nura Alia dengan pandangan mencerlang.

“Aku memang tipu kau.Kau siapa nak berpasangan dengan aku?Hah?Cerminlah diri tu sikit.Aku Syed Azmilah.Kau langsung tak layak untuk aku.Aku ingatkan hati kau keras macam kerikil tak nak terima aku dulu.Tapi rupa-rupanya kau ni sekeras kerak nasinya aje.Nasi basi!!”Nura Alia terguris dengan kata-kata penghinaan Syed Azmi.Dia menyeka air mata.Dia bangun berdiri.

“Aku takkan maafkan kau,Syed Azmi!Aku akan ingat kata-kata penghinaan kau ni sampai bila-bila.Aku rasa menyesal sangat-sangat sebab percaya lelaki buaya macam kau.Kau memang setan!!”Nura Alia mencapai beg sandangnya lalu meluru keluar dari bilik keramat itu.

Nura Alia tidak akan berpaling lagi.Lelaki itu betul-betul sudah melukai jiwa raganya.Dia hampir-hampir diperkosa.Inikah harga yang harus dia bayar atas kepercayaan dan cintanya pada jejaka itu?Inilah kata orang,redha Allah itu datang dari redha ibu bapa.Nura Alia sanggup melupakan ibu bapanya demi mengejar cinta manusia yang bernama Syed Azmi itu.Nura Alia benar-benar insaf kini.
Syed Azmi terduduk di kerusi.Dia meraup-raup mukanya.Fikirannya berserabut detik ini.Kenapa dia mesti berasa bersalah dengan Nura Alia?Sedangkan dia tahu yang dia hanya ingin mempermainkan hati gadis suci itu.

“Arghhh!!!!!”Syed Azmi menjerit lantang.Adakah dia betul-betul sudah menyayangi gadis itu dengan ikhlas?Oh,tidak!!